DASHING SPORT Wangian Khas Untuk Lelaki Aktif

By Zahirah Dzahir - 5/07/2018 07:24:00 PTG

Assalamualaikum..

Salam semua..meh Mommy nak cerita tentang produk Dashing. Siapa peminat dashing mesti tahu, Dashing telah melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT. 
 


Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan selalu melakukan aktiviti aktif. Rangkaian dashing Sport pasti memenuhi kehendak lelaki aktif yang inginkan deodarant dan pewangi yang maskulin.

Lelaki dan peluh memang tidak dapat dipisahkan bila setiap kali mereka bergerak aktif.
Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat,bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Lelaki maskulin zaman sekarang semakin peka dan mengambil angkah proaktif untuk memastikan badan mereka tidak berbau.

Sebelum ini Dashing mengeluarkan MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Kini, variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot.


Semburan Deodoran DASHING SPORT bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.


  DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian daya tarikan yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif. 



DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada sipemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.


Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh dibeli mampu milik iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml .



Kebetulan  cik suami dan anak memang pengguna dashing. Selalunya wangian yang jadi pilihan. Tak rugi kedua-duanya Dashing Sport ni, memang wangi. Kalau tak cuba tak tahu baunya. Jadi korang boleh dapatkan di pasaraya yang berdekatan korang.


Untuk info lanjut dan update terkini layari

Web : www.dashing.com.my

Fb Page : www.facebook.com/Dashing.My

Instagram : www.instagram.com/Dashing_My

- Mommy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

1 orang berborak di sini!