Sek. Keb. Jalan Pegawai Jayakan Sambutan Kemerdekaan yg ke 59 tahun 2016 Bersama PDRM & JNJK

By Zahirah Dzahir - 9/01/2016 11:30:00 PG

Assalamualaikum..

Majlis buat hari Ahad 28/8/2016. Bangga jugak la sebabnya Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai terpilih untuk jayakan majlis  sambutan hari kemerdekaan yang ke 59 tahun 2016 bersama PDRM Kontinjen Kedah dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).  Kredit cerita hari tu dari Fb PDRM Kedah. ( Nak bagitau sama M Haziq Muqri pun terpilih jugak untuk jayakan maslis pada haritu ) hehehe

KOLABORASI PDRM,JNJK DAN SKJP JAYAKAN SAMBUTAN KEMERDEKAAN 

ALOR SETAR, 28 Ogos 2016 : PDRM Kontinjen Kedah dengan usahasama Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) Negeri Kedah serta pihak Sekolah Kebangsaan Jalan Pegawai (SKJP) Alor Setar Kedah hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan ke 59 tahun 2016 di Perkarangan Sekolah SKJP.

Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini telah dihadiri oleh YDH ACP Azizi B. Mat Aris, Ketua Jabatan Pengurusan Kont. Kedah merangkap YDP PIBG SKJP, YBhg Tuan Hj Mohd Rosli B. Din Ketua Jemaah Nazir Negeri Kedah, En Saiful Azman PPD (Kokurikum), Puan Hjh Zurina Bt Yusof Guru Besar SKJP, pegawai-pegawai PDRM, Pegawai jemaah nazir, Pegawai PPD Daerah Kota Setar, barisan pendidik SKJP serta para pelajar.

Sambutan pada tahun ini telah dimulakan dengan perarakan masuk pancaragam sekolah diikuti oleh pembawa bendera dan dif-dif terhormat yang diikuti oleh Mohd Khalis Amin.
Majlis diteruskan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Negaraku, Allah Selamat Sultan dan lagu sekolah 'Tekun Belajar' dan bacaan doa oleh Ustaz Shukor dan lafaz ikrar rukun negara oleh pelajar.

Sejurus selepas itu, ucapan oleh Pn Hjh Zurina Bt Yusof, Guru Besar SKJP. Dalam ucapannya, beliau berterima kasih atas sokongan dari pihak PDRM dan JNJK kerana sudi menjayakan majlis ini. Tambah beliau, beliau turut meminta kepada semua pelajar-pelajar menghargai nikmat perpaduan kaum dan erti kemerdekaan.

Majlis kemudiannya diselangi dengan persembahan sajak yang dideklamasikan oleh guru dan persembahan nyanyian oleh pelajar.

Seterusnya adalah ucapan oleh Ybhg Tuan Mohd Rosli B Din. Di dalam ucapannya, beliau menekankan kepada semua warga pendidik dan para pelajar agar sama-sama menerapkan erti kemerdekaan kedalam diri masing-masing serta sentiasa rasa kasih dan cinta untuk berbakti kepada negara.

Majlis diteruskan dengan ucapan dari YDH ACP Azizi B. Mat Aris. Dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa bangsa kepada semua pihak kerana sudi bekerjama dalam memastikan program ini berjalankan lancar. Selaras dengan tema kemerdekaan kali ke 59 Sehati Sejiwa, beliau berharap program seperti ini akan terus diadakan di masa-masa akan akan datang bagi menerapkan erti kemerdekaan kepada pelajar-pelajar dan anak-anak kecil khasnya.
Kerancakan majlis diteruskan dengan nyanyian koir oleh pihak PDRM bersama pelajar - pelajar dengan menyanyikan tiga buah lagu iaitu Jalur Gemilang, Malaysia Tanah Airku dan Tanggal 31 dan laungan merdeka

Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani kain rentang ' Tanda Taat Setia kepada Negara' dan sesi bergambar.

 fb  PDRM Kedah

- Mummy Ira - 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!