Assalamualaikum..
Setiap kali nak bersiap ke pejebat atau keluar berjalan,
wanita akan ambil masa beberapa minit termenung depan almari.
Ada banyak sebab yang berkait dengan masalah ini, antaranya,
terlalu banyak pilihan atau mungkin sukar nak cari baju yang sesuai setiap
hari.
Adakah anda sedar yang sebenarnya anda sudah mempunyai baju
terlalu banyak? Tak percaya dan masih rasa tiada koleksi terbaru? Ok, jom kita
lihat tanda-tanda seseorang yang mempunyai baju melebihi had...
1. Almari tak boleh ditutup
Bukan sebab pintu rosak, tetapi kerana terlalu banyak baju
yang disumbat. Sampai kadang, buka pintu baju-baju terus jatuh tergolek di
bawah.
2. Gembira jumpa baju yang lama tidak dipakai
Sesekali hujung minggu, anda berpeluang untuk susun baju di
dalam almari. Tetiba boleh jumpa baju yang 2 tahun sudah tidak dipakai di ruang
paling ceruk dan bawah, bukan ke rasa teruja? Cuba pakai dan masih muat. Ya,
itu sebab banyak koleksi dalam almari.
3. Asyik beli penyakut baju
Beli baru sebab nak sangkut baju yang tidak boleh dilipat.
Terus sangkut di mana yang sesuai. Itu tanda paling nyata yang baju anda sudah
banyak!
4. Susunan baju tidak teratur
Main letak dan janji boleh masuk dalam almari. Anda
sebenarnya kena beli almari baru, bukan main sumbat. Nanti kalau pasangan cari
barang dia tak jumpa, lagi jadi parah.
5. Kena asingkan ikut jenis
Tetiba anda rajin susun jenis pakaian antara yang kecil dan
besar. Sebab kalau bercampur, boleh jadi 'pakaian kecil' hilang setiap hari.
Banyak sangat dah tu baju...
6. Ambil masa pilih baju
Siap dengan termenung dan gali bali baju yang disusun
menyebabkan anda buang masa untuk bersiap. Bukan ke ini satu bukti yang anda
sudah terlalu banyak ada baju?
7. Ada semua warna
Setiap kali ada jamuan makan atau memerlukan anda pakai ikut
tema, anda punya baju. Semua jenis warna ada cuma yang bezanya jenis potongan
dan jenama. Banyak sungguh ni!
8. Baju baru tak muat
Banyak sangat koleksi yang dibeli sampai kadang diri sendiri
lupa ada baju baru yang belum dipakai. Sampai masa, nak cuba pakai baju itu
pula tak muat. Tidak ke rasa kecewa? Daripada anda membazir, lebih baik anda
fikir dulu sebelum beli pakaian baru.
9. Buang yang lama, dapat yang baru
Sampai terpaksa buat jadual untuk membeli-belah dengan
pasangan. Ya, elok juga sebulan sekali anda kemas almari dan sedekahkah baju
kepada orang yang lebih memerlukan jika anda jenis suka pakai baju baru.
10. Kenal dengan penghantar baju
Ini sebab terlalu banyak order, penghantar barang pun sudah
boleh cam muka anda. Pelanggang tetap, katanya!
Anda masih rasa tidak ada baju untuk dipakai? Wanita, jangan
terlalu ikut kehendak ya. Fikir dulu sebelum masuk pasar raya dan setiap kali
berniat mahu beli cara online. Cukuplah sekadar cuci mata jika rasa nak puas
tengok pakaian baru.
mingguan wanita
0 orang berborak di sini!