Tips Untuk Mata Tak Berair Masa Potong Bawang

By Zahirah Dzahir - 12/15/2015 12:16:00 PG

Assalamualaikum..

google 
Ada beberapa cara yang mungkin membantu agar air mata anda tidak lagi keluar ketika potong bawang. Jom kita baca dan cuba cara ini:
  •  Simpan bawang di dalam peti selama 20-30 minit sebelum memotong. Ini akan mengurangkan enzim yang dihasilkan bawang.

  • Potong bawang di dalam semangkuk air. Cara ini dapat elak 'gas' bawang tersebar di udara. 
  • Cuba letak bawang di hujung pisau, kata orang dulu-dulu petua ini boleh elak daripada 'mata masuk habuk'. 
  • Boleh guna cermin mata ketika potong bawang, ini dikira cara yang paling selalu orang buat. Ini boleh bertindak sebagai lapisan pelindung.
  • Cuci bawang dalam cuka sebelum potong. Ini mengurangkan risiko mata pedih dan bau kuat bawang. 
  • Tips memasak lain adalah dengan merendam bawang dalam air selama 5-10 minit. Tambahkan sedikit garam untuk kesan terbaik.
  • Selalu gunakan pisau tajam untuk memotong bawang. Pisau tajam tidak akan memotong sel dan ini boleh kurangkan pelepasan enzim.

  •  Halakan kipas angin kearah kita semasa kita nak potong bawang. Angin kipas tu akan meniupkan enzim yang menyebabkan mata kita pedih.
Selamat mencuba! 

sumber facebook 

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!