Penipuan Harta Wasiat

By Zahirah Dzahir - 12/13/2015 07:31:00 PTG

Assalamualaikum..




PENIPUAN HARTA WASIAT: Elakkan dari menjadi mangsa!

Anda dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai apa-apa email yang menyatakan anda sebagai pewaris harta kepada seseorang yang tidak dikenali. Anda mungkin salah seorang daripada mangsa seterusnya.

Antara modus operandi yang dikenalpasti digunakan oleh sindiket:

- Sindiket akan memaklumkan kepada mangsa bahawa anda telah dikesan sebagai pewaris untuk menerima harta pusaka peninggalan seseorang yang telah meninggal dunia. 

- Harta tersebut biasanya berada di luar negara. Beberapa dokumen sokongan dari jabatan kerajaan tertentu, badan kehakiman, mahkamah, Bank Negara Malaysia dan sebagainya disertakan untuk menyakinkan mangsa.

- Mangsa sama ada rakyat Malaysia sendiri atau luar negara yang kononnya datuk/moyang mereka pernah sewaktu ketika dulu berada di Malaysia dan merupakan hartawan yang tidak mempunyai waris selepas kematiannya. 

- Dalam kes-kes seumpama ini, suspek akan mengenakan bayaran untuk menguruskan perpindahan wang tersebut kepada mangsa. 

- Mangsa berasa tertipu apabila mendapati harta yang dijanjikan tidak diperolehi dan individu yang berperanan sebagai orang tengah menghilangkan diri.

Nasihat PDRM:
- Abaikan emel atau mesej yang memaklumkan perkara sedemikian.
- Jangan sesekali memindahkan wang kepada sesiapa yang tidak dikenali melalui internet.
- Laporkan segera kepada pihak polis sekiranya anda telah menjadi mangsa sindiket seperti di atas.

sumber Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!