DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.

By Zahirah Dzahir - 11/01/2015 10:58:00 PG

Assalamualaikum..

DOA UNTUK ANAK-ANAK YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN.



Ya Allah, apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah, sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah-Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah, jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Anak yang menjadi penyejuk mata apabila kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. 

Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga-Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka-Mu ya Allah. Tetapkanlah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Engkau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah, kami tidak mampu untuk mengawasi anak-anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan-Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah, perkenankanlah doa-doa kami ini.

Amin ya Rabbal Alamin.

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!