Tip Memilih Kereta Sorong Bayi

By Zahirah Dzahir - 10/07/2015 05:00:00 PTG

Assalamualaikum..


Jika ditanya pada pakar tentang penggunaan kereta sorong bayi, pasti mereka tidak bersetuju dengan penggunaannya. Mengikut kajian, bayi yang sering menggunakan kereta sorong bayi akan terganggu pertumbuhan mereka. 

Hal ini berlaku kerana ibu bapa yang menolak anak mereka dengan posisi anak menghadap ke hadapan (tidak menghadap wajah ibu mereka) akan cenderung membuatkan anak mereka merasa cemas kerana melihat wajah orang lain yang tidak kenali. Ini akan mengundang ketakutan pada bayi anda. 

Namun, tidak dinafikan pada zaman moden ini, penggunaannya dilihat sebagai satu keperluan pada ibu bapa bagi memudahkan pergerakan mereka apabila keluar berjalan di pusat membeli belah dan sebagainya. Ketahui tip memilih kereta sorong yang bersesuaian dengan bayi anda.

  • Cari kereta sorong yang direka khas mengikut umur, ketinggian, dan berat anak anda. Ini kerana bayi yang baru dilahirkan perlu diletakkan secara mendatar (dibaringkan) di dalam kereta sorong kerana ketika usia ini bayi tidak lagi mampu menampung kepala mereka.
  • Periksa kereta sorong bayi anda. Pasti kan kereta sorong tersebut mempunyai lima tali pinggang keselamatan iaitu tali bahu, tali pengikat antara kaki, dan tali pinggang yang dihubungkan bersama.
  • Pasti kan kereta sorong yang anda beli cukup stabil untuk bayi anda. Elakkan penggunaan kereta sorong yang mudah terbalik apabila ditolak, lebih-lebih lagi apabila anda meletakkan barang-barang bayi  di bahagian bawah tempat simpanan kereta sorong.
  • Periksa selak kereta sorong dikunci bagi memastikan ia tidak bergerak. Ini kerana kanak-kanak yang ditinggalkan dalam kereta sorong sering kali bergerak-gerak dan dikhuatiri selak kunci itu terbuka dan akan membahayakan anak anda.
  • Periksa seluruh bahagian kereta sorong bayi anda. Pastikan semua bahagiannya cukup kukuh dan selamat untuk meletakkan bayi anda serta perlu diingat jangan ada bahagian tajam yang boleh melukakan bayi anda.
  • Lebih selesa jika ada tempat tambahan untuk meletakkan makanan, botol susu, payung dan sebagainya. Rajin-rajinlah bertanya pada jurujual jika mereka ada menjual aksesori tambahan ini yang dijual secara berasingan.
  • Periksa ukuran semasa kereta sorong anda dilipat. Ini membolehkan anda mudah meramal berapa banyak ruang yang diperlukan untuk menyimpannya. Pasti kan ia mudah dilipat dan dibuka.
  • Pilih kereta sorong yang beroda lebih besar jika anda menggunakannya di tempat yang tidak rata berbanding roda kecil.
  • Periksa bahagian kanopi kereta sorong anda. Pasti kan kainnya diperbuat daripada fabrik yang nyaman dan mudah untuk dikendalikan.
  • Bahagian paling penting dalam mengendalikan kereta sorong bayi anda adalah pastikan brek kaki mahupun tangan kereta sorong tersebut berfungsi dengan baik. Jangan pula kereta sorong anda bergerak dengan sendirinya dan membahayakan nyawa si comel.
mingguan wanita

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!