Minyak Yue Yee Telah Disahkan Halal

By Zahirah Dzahir - 10/04/2015 03:35:00 PTG

Assalamualaikum..


SHAH ALAM - Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan minyak Yu Yee mempunyai sijil halal susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang berunsur babi.

Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) minyak tersebut telah disahkan halal.

"Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my," kenyataan itu dipetik.

Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn Bhd dan mempunyai sijil halal sehingga 31 Julai 2016.

Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, Jakim turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandugi gelatin dan lemak babi adalah tidak benar.

"Produk berkenaan mempunyai pengesahan halal Malaysia dan juga Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang sah," tulis kenyataan itu lagi.

Minyak Yue Yee halal

-sinarharian-

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!