Hanya Di Restoran AF MEE KUAH TULANG Kuala Sungai, Alor Setar

By Zahirah Dzahir - 10/06/2015 05:03:00 PTG

Assalamualaikum..


"Hanya Di Restoran AF Mee Kuah Tulang Kuala SUngai

Kami disini tidak menggunakan daging import nasi daging bakar harimau menangis kami 100% menggunakan daging tempatan segar dari ladang!

Sajian tengah hari dan petang yang paling mendapat permintaan tinggi.Bayangkan kami menggunakan hampir 40kg daging lembu segar(Harimau menangis)setiap hari.Seekor lembu hanya mempunyai lebih kurang 5-7kg sahaja bahagian harimau menangis.Antara bahagian yang paling sedap dan enak. "

Saya pun tak pernah pi lagi..dok balik kampung..lalu pi mai..pi mai ja..tak sempat nak singgah..tapi kalau lalu..mmg nampak orang ramai.

Saya ada dok dengaq jugak, baca komen2 dalam fb tentang restoran ni..depa kata sup kat sini mmg sedap..tambah yang sup gearbox tu..lagi satu nasi daging bakar harimau menangis. Yang sup gearbox tu, Saya tak pernah rasa lagi tapi kalau daging harimau menangis tu mmg sedap. tambah plak kalau bakaq.

Restoran ni di Pekan Kuala Sungai(jalan alor setar-kangar)..betui2 tapak pasar malam kuala sungai dan tepi market kuala sungai..mata tu kena jegei..kena cari bebetui restoran ni..sebabnya ada yang terlepas pandang..dok kata cari tak jumpa. Kalau mai dari arah Alor Setar..restoran ni blah kanan..kalau mai dari Kangar blah kiri.

Menu yang ada di Restoran ni :

Nasi daging bakar harimau menangis
Mee kuah tulang
Mee kuah gearbox
(100% gearbox tempatan) 
Sup tulang
Sup gearbox
Western
Charkoewtear
Koewteaw kerang
Nasi ayam
Laksa
Dan lain2 lagi


Kalau ada yang teringin nak makan gearbox lebih baik pone booking dulu sebab terhad setiap hari.
 
apa2 pertanyaan ka nak booking ka boleh pone 019-3426736

kedai buka setiap hari jam 12 tgh hari-12 malam(cuti hari jumaat)

kalau nak info lanjut boleh ke fb  AF Mee Kuah Tulang

Nak tau sedap ka tau..pakat pi rasa na..kalau sempat Saya pi makan..nanti Saya buat review len. 


credit gambar fb Restoran AF Mee Kuah Tulang

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

5 orang berborak di sini!

  1. Dok cari lepas org kata masuk TV... macam sedap nak kena pi nie

    BalasPadam
  2. Dh rasa..bkn nk kondem..tp dekat singkir yan tu lagi sedap...

    BalasPadam
  3. dah try baru ni. semua yang dihidangkan sejuk gedi. tak ta pasaipa. sedih part tu sbb the simplest thing pun x mencapai tahap. korang try la rasa n komen. nak tau gak komen jujur dari org lain.

    BalasPadam