Macam Mana Bentuk Buah ASAM GELUGUR

By Zahirah Dzahir - 8/24/2015 05:27:00 PTG

Assalamualaikum..

Tanaman HERBA......
ASAM GELUGUR

Nama Saintifik: garcinia atroviridis
Nama Lain: Asam keping,Cha muang, cha muang chang, ma kham khaek [Thailand]
Famili: Clusiaceae
Asal: Tumbuhan tempatan

Keterangan:

Pokok asam gelugur merupakan sejenis tumbuhan berkayu yang boleh mencapai ketinggian hingga 20 meter.Ia membiak melalui biji benih, kaedah tut dan kahwin.Buahnya yang muda berwarna hijau dan akan menjadi oren terang apabila masak. Rasanya buahnya sanga masam dan tidak boleh dimakan secara mentah.


Kegunaan Dan Khasiat

Buah asam gelugur yang telah siap diproses sering dijadikan bahan perisa dalam masakan melayu serta dijadikan bahan untuk menghilangkan rasa atau bau hanyir yang terdapat pada ikan atau daging. Asam gelugur ini mempunyai rasa yang sangat masam. Asam gelugor kering digelar asam keping digunakan kebanyakannya untuk bahan masakan sebagai penambah rasa kemasaman dalam masakan. Antara masakan popular perlukan asam keping seperti masakan asam pedas, masak lemak cili api, masak singgang dan segala jenis masakan lain.
Asam keping ini mengandungi bahan asid hidrositrik boleh menggantikan asam jawa. Pada masa ini ada yang menggunakan asam gelugur untuk jus minuman dan membantu mengurangkan kolesterol dalam badan serta berfungsi sebagai antioksidan yang baik. Pucuk muda yang mentah atau dicelur dibuat makanan bersama dengan budu, cencaluk, sambal belacan atau lain-lain pencecah ketika makan nasi. Buah muda asam gelugur boleh dibuat campuran dalam sambal belacan.

Buah asam gelugur mengandungi asid sitrik, asid tartaric, asid malic, asid ascorbic, asid hidroksi sitrik, flavonoid, serat, vitamin dan mineral. Asid askorbiknya berperanan sebagai anti bakeria. Daunnya pula mengandungi serat, karbohidrat, alkoloid, vitamin dan mineral. Dengan memakan daun, bunga atau buah asam gelugur dapat menurunkan darah tinggi, merawat kencing manis, berat badan berlebihan, tidak selera makan dan sakit jantung. Buah, bunga dan pucuknya boleh bertindak sebagai antioksidan dan awet muda.

Rebusan asam gelugur
Ada wanita mengamalkan minum air asam gelugur semasa berpantang dipercayai untuk mempercepat kan proses mengecutkan rahim. Selain itu amalan tersebut juga dikatakan mampu menurunkan berat badan.Ternyata asam gelugur atau nama botani nya garcinia cambogia menawarkan banyak khasiat baik dari sudut perubatan mahu pun sebagai penyedap makanan. Berwarna kekuningan dan berbentuk seakan buah labu, tumbuhan yang berasal dari India itu turut dikenali dengan nama asam keping setelah buahnya dikeringkan.Selain itu asam gelugur dipanggil juga malabar tamarind dan brindle berry kini digunakan secara meluas untuk produk mengurangkan berat badan di Eropah.

Penggunaan asam gelugur juga mendapat tempat dalam perubatan India kuno (Ayurveda) bagi mengatasi masalah penghadaman, rawatan cacing, parasit, tumor dan cirit-birit berdarah.Buah asam gelugur yang sudah masak berwarna kuning selalunya dihiris, dikering dan digunakan dalam masakan. Ia juga direbus dalam gula dan dimakan sebagai jeruk.Air rebusan kulit buah asam gelugur juga dikatakan mampu digunakan untuk merawat reumatisme dan masalah dalam perut. Selain itu buah tersebut dikatakan berupaya mengurangkan tekanan darah tinggi.

Perubatan Melayu zaman dahulu menggunakan rebusan air daun dan akar asam gelugur untuk menyembuhkan sakit telinga melalui titisan ke dalam telinga.Buah asam gelugur juga dikatakan mampu melegakan kesakitan gusi. Caranya adalah dengan mengambil sekeping asam gelugur dan kemudian basuh hingga bersih sehingga menjadi sedikit lembut. Tampal atau selitkan di celah-celah antara gusi dan bahagian pipi selama 10 hingga 15 minit. Kemudian kumur dengan air suam.

sumber fb
NOSTALGIA KEDAH JAMAN DULU


  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!