Jangan Negatif Pada Anak Anak

By Zahirah Dzahir - 8/24/2015 05:49:00 PTG

Assalamualaikum..

JANGAN NEGATIF PADA MEREKA..

# Saiyidina Ali r.a berpesan " Didiklah anak kamu dengan cara yang berbeza setiap 7 tahun iaitu:

1- Tujuh tahun pertama didiklah dengan kasih sayang, manjakan mereka dengan kelembutan dan rasa cinta;

 
2- Tujuh tahun kedua didiklah mereka dengan ketegasan terhadap kesalahan yang mereka lakukan;

 
3- Tujuh tahun ketiga didiklah mereka dengan pendapat dan buah fikiran, jadikan mereka sabahat untuk berkongsi pandangan dan tempat meluahkan perasaan."


# Dalam satu hadis, Nabi SAW mencium Hasan (cucu Baginda SAW), ada bersama baginda SAW ketika itu seorang sahabat bernama Al-Aqra’. Sahabat itu berkata: Sesungguhnya aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi tidak pernah mencium seorang pun dari mereka!.
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak mengasihi, tidak akan dikasihi.” [HR Bukhari]


# Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kelahiran (anak kecil) dilahirkan dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanya menyahudikannya, atau menasranikannya, atau memajusikannya, sebagaimana haiwan melahirkan (mengeluarkan) haiwan, adakah kamu lihat padanya sebarang kecacatan (kekurangan/kelainan).” [HR Bukhari dan Muslim]

# Beberapa nasihat Luqman dalam mendidik anak, dirakamkan dengan jelas dalam satu surah Luqman. Antaranya:

1- "Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar." [ayat:13]


2- "Hai anakku, dirikanlah shalat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." [ayat:17]


3- "Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri." [ayat:18]


# Sabda Nabi Muhammad S.A.W: “Barangsiapa beriman kepada ALLAH dan hari akhir maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” [HR Bukhari dan Muslim]

# WAHAI IBUBAPA DIDIKLAH ANAKMU DENGAN KESABARAN..
# WAHAI IBUBAPA AJARLAH ANAKMU DENGAN KATA-KATA MULIA..
# WAHAI IBUBAPA TUNJUKKAN ANAKMU DENGAN BUDI PEKERTI YANG BAIK..
# WAHAI IBUBAPA NASIHATKAN ANAKMU DENGAN BAHASA YANG LEMAH LEMBUT..
# WAHAI IBUBAPA BIMBINGLAH ANAKMU ITU DENGAN TEGAS BUKAN KERAS..


Wallahua'lam,
Semoga manafaat untuk kita semua


kredit USWAH

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!