Jom Kita Derma Darah

By Zahirah Dzahir - 7/23/2015 06:56:00 PTG

Assalamualaikum..

Saya tak pernah lagi la derma darah..teringin tu teringin..tapi tak pernah pi derma pun. Jom pakat kita pi derma darah. 

Stok Darah jenis O, A & B SANGAT RENDAH seluruh negara ketika ini. Bantuan dan sokongan anda amat diperlukan untuk selamatkan nyawa pesakit 


Ktiteria asas untuk menderma darah 


ANDA LAYAK MENDERMA DARAH SEKIRANYA :

1. Sihat tubuh badan.


2. i) Berumur di antara 18-65 tahun untuk yang pernah menderma.

ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma.

iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga).

3. Berat badan 45kg ke atas.

4. Tidur minimum 5 jam.

5. Tiada masalah kesihatan.

6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah.

7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut :

Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual)
Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial.
Bertukar-tukar pasangan seks.
Mengambil dadah secara suntikan.
Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas.
8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas

9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak.

10. Jangan menderma jika anda :

Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih.
Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih.




Maklumat lanjut mengenai #dermadarah boleh didapati di www.pdn.gov.my | KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA | www.fb.com/medicaldevelopment

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!