Info Info Dalam Bulan Ramadhan

By Zahirah Dzahir - 6/28/2015 04:39:00 PTG

Assalamualaikum..

Jom kita baca info info menarik dalam bulan ramadhan..


Tahukah anda? Antara peristiwa penting dalam sejarah Islam yang berlaku dalam Bulan Ramadan:
1. Al-Quran diturunkan.

2. Khadijah binti Khuwalid memeluk Islam dan juga meninggal dunia.

3. Abu Talib meninggal dunia.

4. Peperangan Badar.

5. Zakat fitrah diwajibkan.

6. Penaklukan Kota Mekah.

7. Solat Tarawih didirikan secara berjemaah pada zaman Saidina Umar bin al-Khattab.

8. Peperangan Tabuk.

9. Islam berkembang ke Yaman dan Bani Thaqif yang datang dari Taif memeluk Islam.


Hikmah Disebalik Ibadah Puasa

1. Memupuk sifat ikhlas dan sabar

2. Memupuk semangat mujahadah (berjuang) dan membina kekentalan jiwa daripada mengikut hawa nafsu dan melakukan perbuatan mungkar.


3. Memelihara fizikal; perut, mata, telinga, lidah, tangan dan kaki daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa.

4. Melahirkan rasa prihatin, belas kasihan dan kebertanggungjawaban untuk melaksanakan tanggungjawab sosial.

5. Membuka hijab antara diri dengan Allah melalui pembersihan roh dan hati.

6. Mengenali erti kejayaan sebenar iaitu orang yang berpuasa akan memperolehi dua kejayaan, pertama ketika berbuka dan kedua ketika menemui Allah.

7. Memperkasa kesatuan ummah.

8. Menyihatkan tubuh badan

9. Melatihkan diri menguruskan masa dengan baik melalui ketelitian menentukan waktu berbuka puasa dan bersahur.

10. Merapatkan hubungan dengan alam melalui pemerhatian perjalanan bulan dan bintang dalam menentukan Ramadan dan Syawal.


Fikir dan tentukan di manakah kedudukan puasa kita? Atau sekadar mendapat lapar dan dahaga semata-mata?


 

Semoga bermanfaat untuk semua..
sumber fb JAKIM


- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!