Ailuro-Phobia Ataupun Fobia Pada Kucing

By Zahirah Dzahir - 6/07/2015 06:20:00 PTG

Assalamualaikum..

 

Sapa yang takut kucing..angkat tangan. Saya ada kawan yang begitu takutkan kucing..lebih kurang geli kat kucing tu. Pernah sekali, kucing pi menempek kat kaki dia..menjerit kuat ya amat..buat malu company ja..hehe. Ingatkan bila dah kawen n ada anak hilang rasa takut tu. Tak hilang pun..takut camtu jugak.

Sapa yang takut kucing ni boleh dikategorikan sebagai Ailurophobia

{TAHUKAH ANDA?} Ailurophobia bermaksud takut kepada kucing. Tetapi, jika anda perasan, kucing akan tertarik untuk lebih mendekati si fobia kucing ini.
(seperti di dalam gambar).

Ini kerana jika seekor kucing masuk ke dalam sebuah bilik dipenuhi orang. Orang yang sukakan kucing akan memberikan bahasa tubuh yang menjemput kucing untuk digesel dan dimanja. Berbanding si fobia kucing yang akan menunjukkan bahasa tubuh seperti duduk diam, merapatkan tangan dan kaki serta agak kaku posturnya.

Si kucing akan nampak bahasa tubuh serta posisi si fobia kucing adalah sangat kurang faktor mengancam keselamatan, dan akhirnya lebih tertarik kepada mereka untuk diterokai dan disiasat kemudiannya.

Aneh bukan?


sumber facebook

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!