5 Pelbagai RESEPI SPAGHETTI

By Zahirah Dzahir - 6/14/2015 08:56:00 PG

Assalamualaikum..

Ramai yang suka makan spaghetti tapi ramai jugak yang tak berapa tau cara2 nak masak spaghetti ni. Saya ada jumpa dalam page fb  Wan Azri' .. resepi2 spaghetti.


RESEPI :  SPAGHETTI OLIO DENGAN AYAM

Bahan-Bahan:

200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan
6 biji black olive
6 biji green olive
15 biji jeruk capers
1 keping dada ayam, didadu*
2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*
1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)
1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam
1 biji bawang holland, didadu
3 ulas bawang putih, cincang halus
4 biji cili padi thai merah, cincang halus
Garam secukup rasa
Parsley, dicincang untuk hiasan
Minyak zaitun untuk menumis

Cara-Cara Memasaknya:

1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.
2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan..

Dikongsi Oleh:Che Mat Gebu
Sumber: http://www.tiffinbiru.com/

------------------------------------------------------------


RESEPI : SPAGHETTI BOLOGNESE WITH BLACK PEPPER SAUSAGE

Bahan-Bahan:

300 gm Spaghetti - direbus dengan garam dan sedikit minyak hingga lembut. Toskan.
1 tin Traditional Tomato Spaghetti Sauce - saya guna Prego
400 gm daging kisar
3 batang Ayamas Black Pepper sosej - dipotongbulat2 kecil
1 labu bawang holand - didadu ( bawang besar biasa pon boleh )
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar cili kisar (optional- kalau tak suka pedas sila abaikan )
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk oregano
1 helai bay leave
3 sudu besar minyak zaitun
Grated Parmesan cheese untuk tabur

Cara-Cara Membuatnya: 


Panaskan minyak zaitun dalam periuk,tumiskan bawang besar dan bawang putih sebentar hingga naik bau.
Masukkan cili kisar, kacau dan masukkan daging kisar. Masak hingga daging empuk.
Masukkan sos spaghetti, sos cili, sos tomato, sos lada hitam, oregano dan juga bay leave.
Masukkan sosej dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tutup api.
Tuangkan ke atas spaghetti yang diletak di dalam pinggan dan tabur Parmesan cheese. Hidangkan. Selamat mencuba...

Dikongsi Oleh: Blog Resepi Masakan
Sumber: http://blogresepimasakan.blogspot.com/

----------------------------------------------------------------
  

RESEPI : SPAGHETTI IN CARBONARA SAUCE

Bahan-Bahan:


2 sdk minyak zaiton
200g sausage dihiris nipis
3 biji cendawan butang dihiris nipis
3 ulas bawang putih diketuk
2 biji kuning telur
1/2 cawan krim pekt atau susu cair pun boleh
75 g keju pamesan yng prut

Cara-Cara Memasak:

 
1. Panaskan minyak dan masukkn sausage. Masukkan bawang putih dan cendwan butang kacau lebih kurng 5 minit sehingg sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya
2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada pamesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.
3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi.
4. Kalau hendak cair adjust dengn krim atau stok ayam

Dikongsi Oleh:Paty's Kitchen
Sumber: http://patyskitchen.blogspot.com/

-----------------------------------------------------------------

 

RESEPI : FRIED SPAGHETTI-BAHRAIN STAIL

Bahan-Bahan
:

spaghetti yag telah direbus
1 ulas bawang putih - ketuk
2-3 sudu besar cili kisar
10 ekor udang
1 mangkuk kecil isi ayam
2 biji telur - kocok sikit
2-3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
sayur serba satu (lobak merah/zucchini/kubis - hiris nipis saiz sedikit besar, maz guna peeler)
kicap pekat secukupnya
sedikit gula dan garam
sedikit minyak sayur

Cara-Cara Memasak:

 
1. Panaskan 2-3 sudu besar minyak sayur, masukkan telur dan goreng buat macam telur dadar tapi sambil dikacau biar hancur sikit. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan kuali yang sama masukkan sedikit minyak lagi, tumis bawang putih. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis dengan api besar sekejap.
3. Masukkan isi ayam dan udang, masak sekejap. Masukkan semua bahan sos, kicap dan air secukupnya. Kacau sebati, masukkan sayuran dan perasa secukup rasa.
4. Masukkan spaghetti, sebatikan. Rasa apa yang kurang dan balik selalu hingga sedikit kering dan sayur sedikit lembut. Biar sejuk dulu baru spaghetti serap/sebati dengan bahan sos, kalau yang baru masak tu, spaghetti masih licin gitu, tak serap sos lagi. Memang sesuai kalau masak awal dan makan kemudian sikit.

Dikongsi Oleh: Maz Ilham Dapur
Sumber: http://ilhamdapur.blogspot.com/

 ---------------------------------------------------

   

Resepi : SPAGHETTI WITH HEINZ CREAM OF TOMATO SOUP

Bahan-Bahan

500 gm spaghetti - rebus dengan air dan letak beberapa titis minyak zaitun, dah masak toskan.
500 gm daging lembu kisar (*akak guna 400 gm daging kisar + 100 gm daging fresh yg dicincang)
3 biji kentang - kupas, rebus dan kisar bersama airnya.
1 labu bawang besar - dadu
5 ulas bawang putih - cincang
3 sudu besar cili kisar
1/4 cawan sos cili
1/4 cawan sos tomato
2 tin Heinz cream soup of Tomato (*yg ni paling sedap, tp boleh tukar Kimball/lain)
4 cawan air
1 batang carrot - potong bulat
400 gm bunga kobis - potong kecil
1 biji green capsicum - dadu
1 tin cendawan butang - belah
(* ummi xda stok, guna hirisan cendawan kering - rendam)
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh gula (optional)
garam
sedikit minyak zaitun untuk tumis

Bahan sampingan

Salad - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun sup dan bawang - hiris halus
Cili merah - hiris halus
Telor rebus - belah 2
Bawang goreng

Cara-cara memasak

Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih. Kacau hingga kekuningan. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar. Masukkan daging cincang dan kacau rata. Tutup periuk dan masak sehingga daging benar2 masak. Masukkan sos cili, sos tomato dan kentang kisar. Kacau mesra dengan daging. Masukkan cream soup of tomato dan air. Bila mendidih, masukkan semua sayuran dan garam. 

(*boleh tambah sedikit lagi air jika kuah terlalu pekat).

Nota:
Letak spaghetti dalam mangkuk, sendukkan kuahnya dan letaklah bahan2 sampingan tadi. Siap untuk dimakan. Selamat mencuba..!!!

Dikongsi Oleh: Home Sweet Home
Sumber: http://ummizaihadi-homesweethome.blogspot.com/
---------------------------------------------

Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!