Pentingnya Penjagaan Kesihatan, Kesegaran Diri Luar & Dalam

By Zahirah Dzahir - 4/17/2020 05:10:00 PTG

Assalamualaikum..
Setiap wanita yang sudah bergelar ibu perlu memastikan penjagaan kesihatan diri mereka luar dan dalam. Ia penting untuk memastikan badan kembali segar dan sihat semula. Selain melakukan urutan dan mandi herba, ibu perlu mengambil beberapa sumber makanan yang berkhasiat supaya badan kembali kekal segar.

  • Madu
Madu antara bahan semula jadi yang baik untuk penjagaan kesihatan. Ia sesuai untuk ibu selepas bersalin kerana madu mengandungi anti bakteria semula jadi, vitamin C dan bahan yang mampu merangsang pertumbuhan sel baharu dan membaiki sel yang rosak.

Biasanya selepas bersalin, ibu mudah berasa letih. Minum madu dapat memberi tenaga tambahan dengan segera kerana kadungan glukos dan fruktosa di dalamnya. Ia juga membantu menambah darah dan selera makan.

Paling menyeronokkan, madu dikatakan dapat membantu mengurang dan mengawal kolesterol kerana kandungan gula asli dalam madu mengandungi antioksidan, bebas lemak, bebas kolesterol dan bebas garam.


  • Halia
Membantu menghadamkan makanan dan mengelakkan sembelit.

Membuang angin yang terdapat dalam usus kecil dan besar.

Membuang kahak dan lendir yang melekat di bahagian halkum.

Menghilangkan kadar kesejukan yang terdapat pada makanan dan buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dimakan atau diminum.


  • Serai wangi
Menghilangkan bau hanyir dan bau badan selepas bersalin.

Menyegarkan badan yang rasa sakit-sakit.

Aroma daun tersebut apabila direbus umpama terapi dan dapat menghilangkan rasa stres.

Memanaskan badan yang rasa sejuk.


  • Sirih
Sebagai bahan pencuci pada bahagian vagina bagi merawat keputihan untuk wanita. Menghilangkan bau, gatal-gatal atau jangkitan bakteria.

Membantu menyejukkan badan dan mengecutkan saluran peranakan untuk ibu selepas bersalin.

Membantu menghilangkan gatal-gatal kulit seperti kurap dan kayap.

Menghilangkan atau meneutralkan bau badan, bau mulut, bau bahagian alat sulit yang tidak menyenangkan.


Jadi..pastikan kita jaga diri kita agar badan kita lebih segar dan sihat. 
sumber google

~~~~~~~~~~~ 
- Mommy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!