Al Fatihah - 3 Sekeluarga Maut Nahas Di Lebuhraya DUKE

By Zahirah Dzahir - 5/03/2015 03:17:00 PTG

Assalamualaikum..

2 @ 3 hari ni bukak ja paper semua kes kemalangan . Kes kemalangan moto bertembung.. rempuh treler..rempuh kereta buat u turn. Semua kes ni maut. Takut nak baca. 

Tapi yang paling jadi viral kes kemalangan lebuh raya DUKE yang meragut tiga nyawa, pasangan suami isteri dan anak mereka berusia tujuh bulan. Melibatkan kereta-kereta MyVi dan juga sebuah Pajero. Mangsa dikenali Fairuz Nizam Husain, 35, maut di tempat kejadian, sementara isterinya, Nova Safitri Azhari, 27, serta anaknya itu meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tinggal 2 orang anak perempuan yang masih kecil, Nur Firuza Amira Fairuz Nizam,7 dan Nur Firuza Aqila,4,

 
metro

Allahu, sesungguhnya Saya tak baca sangat berita2 ni yang ada dalam paper n fb. Video lagi tak sanggup nak tengok. Baca tajuk n tengok muka anak2 arwah pun dah sedih. Sekelip mata depa jadi yatim piatu. Kita yang dewasa ni kalau hilang orang yang tersayang pun sedih..apatah lagi anak2 kecil yang baru nak besar yang masih perlu belaian kasih sayang ibu bapa. Tebayang ank2 Saya yang depan mata ni.

Apa la yang best sangat kalau boleh bawak kereta laju n race tengah2 jalan raya ni. Selalu yang kita dengaq kalau kes2 camni mesti akan kemalangan. Nak kata puas hati..apa yang puasnya. Puas hati kalau kemalangan sampai melibatkan nyawa orang lain. Setiap benda yang kita buat ni mesti kena pikir dulu baik buruknya. Jangan buat sesatu tu ikut kata hati nak seronok. Akhirnya musibah yang dapat. Akibat dari bawa nama kelab..orang lain yang buat..nama kelab yang tercemar. 

Memang la ada sesetengah orang kata, Kalau kita tak langgar orang..orang yang langgar kita. Apa pun buat semua pemandu di luar sana, termasuk Saya, tak kira la apa jenis kenderaan yang kita pandu ni. Sentiasa berhati2 semasa memandu..tak payah bawak laju2. Pakat bertangggungjawab atas nyawa sendiri dan nyawa orang lain. 

Al-Fatihah utk mangsa2 yang terkorban. Semoga kes ni akan dapat keadilan dengan sewajarnya.
 
- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!