Suka Makan Buah Betik ? Nah 10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.
By Zahirah Dzahir - 12/03/2018 09:55:00 PG
Assalamualaikum..
10 Khasiat Dan Kelebihan Buah Betik.
1) Sebagai tonik
tambahan
Memakan buah betik
setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut
yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan
perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu
dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang
sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada
mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
2) Ubat bagi
sembelit dan bawasir
Jika mengalami
sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang
ideal bagi penyakit bawasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan
mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat
membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat
galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada
cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang
disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
3) Mencegah
terjadinya batu di dalam pundi kencing
Sebahagian doktor
dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan
madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap
berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara
baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing
kita.
4) Mengubati
sakit-sakit otot
Daun betik yang
dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada
bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari
daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau
nipis boleh membantu.
5) Merawat masalah
kulit seperti jerawat dan kekedutan
Bagi merawat masalah
kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut.
Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6) Mengubati tumit
pecah-pecah
Betik juga boleh
digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa
sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah
dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya
dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7) Dijadikan Ulam-ulaman
Daun betik terutama
pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan
daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin.
8) Sesual untuk
merawat Hemoroid
Buah betik yang
masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir
dan sembelit.Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan
mengelakkan sembelit.
9) Kaya dengan
vitamin c
Buah betik yang
ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu,
ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium,
kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin,
papain dan pektin.
10) Kaya dengan
vitamin A
Buah betik kaya
dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang
terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan
yang tersendiri.
sumber facebook
0 orang berborak di sini!