Video - Mawar Rashid Peserta Dewi Remaja, Tak Tahu Apa Itu GST..

By Zahirah Dzahir - 4/27/2015 11:44:00 PTG

Assalamualaikum..

Kadang2 susah jugak bila nak jadi atau dah jadi public figure ni. Serba serbi kena tau..tambah plak kalau hal ehwal semasa ni. Silap jawab sikit confirm org akn kutuk. Cam tu jugak jadinya kat salah seorang peserta Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid di dalam satu temuraramah yang gagal bagi maksud penuh GST.  Cam biasa, cerita ni jadi viral terus Mawar  dicop sebagai ‘beauty without brain’ 

Video di bawah dari you tube bermula minit ke 2:35  Mawar bercakap tentang GST.



Bila dah jadi viral dan orang pakat kutuk dia, Mawar pun tampil menerusi akaun Instagramnya untuk memohon maaf kerana gagal memberikan maksud GST

"Guys.. Maksud (gst) is goods and services tax yg menggantikan (sst) sales and services tax.. mawar mintak maaf pada semua sebab mawar kurang peka tentang isu ekonomi negara..pelajaran & assigments serta aktivit2 mawar yg padat setiap hari telah membuat mawar lalai tentang perkembangan isu semasa..mungkin ade yg diluar sana sebaya mawar yg mungkin jugak kurang pasti tentang GST..mawar belajar dari kesilapan dan insyaallah akan lebih membuka minda tentang isu isu semasa..mawar apologise once again dan ambil setiap kritikan dan teguran utk improve diri mawar to b a better person..tq to all yg still support mawar.. mawar nak sambung study. wish me luck guys??peace no war "

Biasa la tu, rasanya kalau tanya sesetengah orang ni, ada jugak yang tak tahu maksud GST ni. Cuma bila kita dah masuk satu2 pertandingan ka apa ka yang akan menjadikan kita sebagai public figure ni..lebih baik kita ambik tau tentang hal ehwal semasa ni. Kalau tak..tak pasai ja kena cop harap muka ja cantik tapi tahap pengetahuan tu kosong. Kan susah tuu..

google & youtube

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!