Resepi NASI AYAM

By Zahirah Dzahir - 4/18/2015 01:39:00 PTG

Assalamualaikum..

Nampak sedap..resepi pn nampak mudah..lagi resepi yang Saya kongsi dari Facebook..kali ni NASI AYAM


RESEPI NASI AYAM

Bahan-bahannya :

Bahan untuk ayam (direbus) :


● 1 ekor ayam dipotong 8
● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
● 2 cm halia, ditumbuk halus
● 1 kiub ayam

Bahan untuk ayam (diperap) :

● 1 sudu besar kicap pekat

● 1 sudu besar sos tiram

● 1 cm halia, ditumbuk halus

● 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

● 1 sudu besar kicap cair

● Sedikit madu untuk sapuan

Bahan untuk nasi:

● 3 cawan beras

● 4 cawan air rebusan ayam

● 2 sudu besar butter

● 1 cm halia ditumbuk halus

● 3 ulas bawang putih ditumbuk halus

● Sedikit garam

● 2 bunga lawang*

● 4 buah pelaga*

● 1 kayu manis*

● 1 batang serai ketuk

● 2 helai daun pandan

● Sedikit kunyit untuk warna dan aroma

Bahan untuk sos:

● 5 biji cili merah

● 3 ulas bawang putih

● 2 cm halia

● 1 sudu besar cuka

● 1 sudu teh garam

● 1 sudu teh gula

● 1/2 cawan air rebusan ayam

Bahan untuk sup:

● Air rebusan ayam

● 1 biji bawang besar, dikisar

● Rempah sup bunjut

● Garam

● Daun sup dan daun bawang yg dihiris

Bahan untuk kuah kicap:

● Kuah kicap perapan ayam di atas

● Kicap manis cap kipas udang

● Sedikit garam

● Air rebusan ayam

Cara Penyediaan:
Untuk ayam:

1. Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.

2. Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

4. Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Untuk nasi :

1. Basuh beras dan tos air.

2. Panaskan butter dan tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Untuk sup :

1. Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Untuk sos :

1. Kisarkan semua bahan di atas.

2. Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Untuk kuah kicap :

 
Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!