Kulit Kayu Manis – Bahan Semulajadi Lawan Penyakit

By Zahirah Dzahir - 4/22/2015 12:23:00 PG

Assalamualaikum..

kulit kayu manis
Malaysia kaya dengan rempah-rempah yang bermanfaat untuk kesihatan tubuh. Salah satunya adalah kulit kayu manis. Kulit kayu manis dikenali sebagai bahan tambahan yang sering dicampur dalam makanan dan minuman. Selain aromanya yang wangi, kayu manis ternyata sangat bermanfaat mengubati pelbagai jenis penyakit. Berikut beberapa manfaatnya bagi kesihatan tubuh badan:

Meningkatkan aktiviti otak

Aromanya yang wangi dan menyelerakan ternyata dapat meningkatkan aktiviti otak. Selain itu, juga membantu dalam daya tumpuan, ingatan dan kelajuan bekerja, terutama bagi mereka yang bekerja dalam bidang perkomputeran.

Anti-bakteria

Minyak semula jadi yang berasal dari kulit kayu manis atau Cinnamaldehyde ternyata dapat mencegah pertumbuhan bakteria pada tubuh badan. Atas kandungan anti bakteria ini, kayu manis boleh digunakan sebagai bahan pengawet makanan semulajadi.

Menghalang berlakunya pembekuan darah

Menurut laman sesawang whfoods.com, minyak yang diperbuat dari kulit kayu manis juga boleh mencegah penggumpalan darah. Kulit kayu manis boleh mengeluarkan asid lemak anti-keradangan yang disebut arachidonic. Asid lemak inilah yang berperanan mengurangkan radang dan pembekuan darah.

Memanaskan badan

Rawatan tradisional Cina biasa menggunakan kulit kayu manis untuk mengubati demam dan selesema. Kulit kayu manis mengandunig zat yang berperanan membuat tubuh semakin hangat dan seterusnya memberi rasa keselesaan.

Membantu pencernaan

Kandungan yang terdapat dalam kulit kayu manis seperti kalsium, serat dan mineral adalah sangat baik untuk kesihatan pencernaan usus, serta melindungi diri daripada penyakit jantung. Selain itu juga membantu menghilangkan garam pada tubuh dan mencegah kanser usus. Selain daripada itu, serat kulit kayu manis juga dapat mengubati cirit-birit.

Mengawal gula dalam darah

Antioksidan yang terkandung dalam kayu manis dapat membantu mengawal tahap gula darah. Bagi pesakit kencing manis, terutama mereka yang berada di tahap kedua, kulit kayu manis berperanan dalam memperbaiki respon insulin dan membantu proses pencernaan selepas makan. Satu gram kulit kayu manis boleh menurunkan tahap gula darah, triglycerides, kolesterol malahan ia boleh mengurangkan risiko penyakit jantung pada pesakit diabetes.

Kulit kayu manis ternyata memberi manfaat “manis” bagi tubuh. Rempah ini dapat dijadikan sebagai ubat-ubatan semulajadi. Jadi jangan ragu lagi untuk menambah kulit kayu manis pada makanan dan minuman untuk membantu anda menjaga kesihatan tubuh badan.


sumber dari google

- Mummy Ira - 

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!