Apa Yang Kita Tahu Tentang Magnesium..

4/03/2015 06:48:00 PTG
Assalamualaikum..

Lama rasanya Saya tak tulis pasai Shaklee. Kali ni Saya nak crita sikit tentang  Kalsium Magnesium yang ada dalam Ostematrix.. Sedikit perkongsian untuk semua..

Kandungan Mineral Dalam Nutrisi Manusia

Tubuh manusia memerlukan pelbagai mineral untuk fungsi-fungsi fisiologi dan biokimia. Kira-kira 4-6% berat badan terdiri daripada mineral. Setengah ialah Kalsium, satu perempat ialah fosforus dan bakinya terdiri daripada mineral-mineral perlu yang lain.

Mineral Makro merupakan mineral yang diambil 100mg (atau lebih) dalam sehari yang terdiri daripada kalsium, fosforus, magnesium, sulfur, sodium, klorida dan kalium. Mineral mikro pula merupakan mineral yang diambil 15mg (atau kurang) dalam sehari seperti besi, zink, kuprum, mangan, iodin, selenium, florida, moledenum, kromium dan kolbat (sebahagian daripada molekul vitamin B12)

Mineral mempunyai fungsi-fungsi yang berlainan, di mana ia termasuk kontraksi otot, sistem saraf, pembekuan darah, sistem imun, tekanan darah dan tumbesaran.

Apa Itu Magnesium ?

Magnesium merupakan mineral keempat terbanyak dalam tubuh dan penting untuk kesihatan badan. Kira-kira 50% Magnesium badan kita berada dalam tulang. Yang lain boleh dijumpai dalam sel-sel tisu dan organ badan. 

Magnesium diperlukan untuk lebih daripada 300 tindakbalas biokimia dalam badan. Ia membantu mengekalkan fungsi otot dan saraf, mengekalkan kestabilan rentak jantung, menyokong sistem imun badan, dan mengekalkan kekuatan tulang. 
Magnesium juga membantu mengawal paras gula dalam darah dan tekanan darah, serta membantu dalam metabolisma tenaga dan proses sintesis protein. 

Justeru itu, Magnesium boleh mencegah terjadinya masalah tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan kencing manis.

Magnesium Dalam Klorofil

Ia merupakan mineral makro yang penting bagi haiwan dan tumbuhan. Bagi manusia, Magnesium diperlukan dalam kuantiti yang banyak. Magnesium merupakan mineral yang membentuk 0.06% berat badan orang dewasa, di mana 60% ialah tulang dan gigi manakala 40% ialah otot dan tisu lembut. Magnesium adalah penting dalam metabolisma karbohidrat, protein dan lemak.

Simptom2 Badan Kekurangan Kalsium Magnesium

Sensitif terhadap suara, sering mengalami sakit tulang dan otot, degupan jantung terlalu cepat, kelemahan otot, senggugut, kemurungan, muntah-muntah, insomnia, cepat marah, kerisauan, kekeliruan, penyakit kardiovaskular, kencing masnis dan tekanan darah tinggi.

Apakah Makanan Yang Mengandungi Magnesium
  1. Sayur-sayuran hijau seperti bayam merupakan sumber yang baik bagi Magnesium kerana pusat molekul klorofilnya mengandungi Magnesium.
  2. Cekur manis juga merupakan satu lagi sayur yang kaya dengan klorofil dan magnesium.
  3. Sesetengah kekacang seperti kacang soya dan kacang pis.
  4. Kekeras dan biji benih.
  5. Biji-bijian seperti jagung kuning, germa gandum, badam hijau merupakan sumber yang baik bagi Magnesium.
  6. Buah-buahan seperti epal dan limau.
  7. Makanan laut.
  8. Daging.
  9. Susu dan hasil tenusu.
  10. Makanan tambahan semulajadi seperti Ostematrix.

OSTEMATRIX SHAKLEE / KALSIUM MAGNESIUM

Ostematrix merupakan kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat dari mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetangah mineral yang menjadi punca kepada masalah batu karang dan batu hempedu. Kajian telah membuktikan supplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawan dan menghalang artritis. 

1 tablet Ostematrix menyamai kandungan 1 gelas susu tinggi kalsium dan juga menyamai dengan 80 biji badam. Antara lain-lain manfaat utama yang boleh diperolehi jika mengamalkan Ostematrix dalam sebagai pelengkap nutrien harian ialah :-


  1. Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi dan sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi atau kekejangan, gusi berdarah dan meransang darah untuk memekat secara stabil.
  2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.
  3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang selesa dan berkualiti, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam
  4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil secara lawas.
  5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan PH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti di waktu umur tua. Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan meransang detoksifikasi.
  6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik.
  7. Mengandungi Vitamin D - Dinamakan sebagai Vitamin D pada 1961 bila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki penyakit periodontal.
Siapa yang lebih memerlukan Vitamin D ini?
Mereka yang mengamalkan diet Vegeterian, yang kurang terdedah pada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

Bagaimana Memilih Kalsium Premium?
  • Pilih produk yang ada Vitamin D dan Magnesium
  • Elakkan produk yang dibuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral.
Jadi, semua golongan tak kira tua muda,  memerlukan Kalsium untuk mendapat badan yang sihat. Pilih kalsium yang sesuai dengan badan kita dan yang berkualiti jangan pakai makan ja..takut tak sesuai denga kita pulak..so..

Semoga bermanfaat untuk semua..

- Mummy Ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.