Punca Masalah Rambut Gugur Anda

3/22/2015 01:05:00 PTG
Assalamualaikum..

Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. Informasi berikut mungkin boleh membantu anda mengurangkan helaian rambut gugur setiap hari.
 
Rambut gugur kerana hormon

 http://www.eh.com.my/wp-content/uploads/2013/08/punca-masalah-rambut-gugur-1.jpg

Hormon seks wanita merangsang pertumbuhan rambut yang tebal. Selain estrogen, setiap wanita turut meneghasilkan androgen dalam jumlah yang sedikit. Tetapi androgen boleh dihasilkan dengan aktif sekiranya seseorang wanita itu berada di dalam keadaan tertekan. Dan ia boleh menjadi faktor masalah keguguran rambut. Untuk kes yang serius, pakar perubatan akan memberikan pil anti-androgen.  Untuk anda yang suka dengan cara yang lebih semula jadi, anda hanya perlu lebihkan rehat untuk mengurangkan stres.
 
Rambut gugur kerana produk

 punca masalah rambut gugur 2

Sememangnya kita dilahirkan dengan rambut yang kuat. Tetapi masalah akan timbul sekiranya anda sering melunturkan warna rambut, kerap menggunakan produk penggaya rambut seperti melurus rambut atau mengeritingkan rambut. Ia mungkin tidak menyebabkan keguguran rambut dari akar tetapi akan menyebabkan rambut anda putus. Atasinya dengan menggunakan syampu yang betul, kurangkan mencuci serta hadkan penukaran warna dan stail rambut.
 
Rambut gugur kerana kurang vitamin
taking prescription pill with milk 

Pemakanan yang seimbang sangatlah penting untuk kesuburan rambut anda. Fakta ini mungkin klise, tapi itulah kenyataannya. Rambut di dalam keadaan sempurna sekiranya anda mengamalkan makanan berkhaisat seperti bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran serta makanan berprotein tinggi seperti yogurt, daging, ikan dan tauhu. Sekiranya sukar untuk anda patuhi arahan diet ini, ambillah makanan tambahan khas untuk rambut iaitu Biotin, Niasin, Zink, Vitamin B6, B12, A dan E.

sumber majalah EH

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.