Tips Mengatasi Bibir Kering

By Zahirah Dzahir - 2/20/2015 04:26:00 PTG

Assalamualaikum..

Perlindungan adalah kunci utama

Lazimnya, bibir kita mempunyai lapisan kulit yang sangat nipis dan ia mengandungi sedikit melanin, yang mana perlu bagi perlindungan terhadap sinar matahari. Oleh itu, anda haruslah sentiasa melindungi bibir anda daripada matahari dengan menggunakan produk bibir dengan perlindungan SPF UVA /UVB. Anda disyorkan menyimpan satu dalam beg atau ditempat yang senang dicapai. Ingatlah bahawa bibir hendaklah sentiasa dilindungi.

Kekal terhidrat

Salah satu tip yang berkesan ialah minum banyak teh hijau dan air sepanjang hari kerana bibir kering dan mengelupas adalah satu petunjuk bahawa badan anda kurang air. Jadi isi penuh gelas anda dengan air dan minum!

Jangan menjilat bibir anda

Bibir anda kurang berpeluh dan kelenjar minyak menjadikan ia mudah terdedah kepada dehidrasi. Oleh sebab itu, anda cenderung untuk menjilat bibir apabila ia mula kering. Namun ini hanya akan memberikan kelegaan sementara, kerana realitinya adalah ia boleh memburukkan lagi keadaan. Tambahan pula air liur cepat tersejat, jadi bibir akan menjadi lebih kering daripada sebelumnya. Cuba untuk tahan diri dan gunakan produk yang boleh melembapkan bibir anda, bukannya menjilat bibir sepanjang hari.

Ambil vitamin

Percaya atau tidak, kekurangan vitamin boleh menjejaskan keseluruhan badan kita tidak kira fizikal atau jasmani. Seterusnya kekurangan ini akan membawa kepada bibir mengelupas atau kering. Sehubungan dengan itu, pastikan anda amalkan pemakanan yang sihat dan pertimbangkan untuk mengambil multivitamin harian termasuk vitamin B, C dan E untuk memelihara bibir anda dari luar dan dalam.

Makan secara sihat

Diet yang sihat juga penting untuk bibir kelihatan cantik. Jika kita kekurangan asid lemak, berkemungkinan bibir juga akan terjejas. Bahkan juga, manfaat Omega 3 sangat menakjubkan untuk kulit dan bibir kita. Ikuti tip-tip mudah seperti di atas dan anda juga boleh mengelakkan bibir kering dan mengelupas menjadikan bibir anda lebih cantik apabila dipandang.

Sumber

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!