Resepi Kuih Abuk-Abuk Dari My MIL

2/14/2015 02:45:00 PTG
Assalamualaikum..


Nampak cantikkan kiuh ni..nama dia Kuih Abuk Abuk. Not my faberet tapi makan la sikit2. Kuih ni Mak Mertua Saya yang buat. Saja mintak resepi kat dia..kata nak buh dalam blog..Tapi resepi ni tak ikut sukatan sangat..sukatan sendiri ja..jom kita tengaok cara buat kuih abuk abuk ni..

Resepi : Kuih Abuk-abuk  
Untuk Inti
  • 2 cawan kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula merah/melaka
  • 1/2 cawan gula 
  • 1/4 air
Untuk Badan/ Kulit:

  • 150 gram tepung pulut
  • 1/2 cawan air
  • sedikit garam
Bahan tabur/sadur  (80 g kacang hijau goreng tanpa minyak - mesin kering - ayak )

Cara Membuatnya:
 

- Satukan semua bahan Inti di dalam kuali.  Masak sampai pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan. Biar sejuk. 

- Sementara tu masak dulu air.

- Uli tepung pulut dengan air ( buh sikit2) dan garam sehingga menjadi doh yang lembut.
Uli sampai jadi doh dan adunan tidak melekat. 

- Ambil doh ( ikut besaq yang kita nak ), bulat dan leperkan tepung masukkan inti,  bulatkan balik dan lemper sikit ( cam buah melaka )

- Bila air mendidih..masukkan doh yang dah siap..bila doh tu dah masak..doh tu akan timbul.. baru angkat..buh dalam penapis..golek-golekkan di atas tpg kacang hijau sambil tekan sikit jadi leper.

- Siap..

* ada yang kata tepung kacang hijau ada joi di kedai..maybe cam kedai mamak ada..saya pun tak pasti.

- Mummy Ira -

1 ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.