Petua Rawat Dan Kurangkan Sakit Gigi

By Zahirah Dzahir - 2/02/2015 05:24:00 PTG

Assalamualaikum..

Sesiapa yang pernah sakit gigi..mesti tau camna rasa sakit tu..saya ada baca dalam carian goggle beberapa petua yang boleh diamalkan untuk merawat sakit gigi:

  • Campurkan sedikit cuka dalam segelas air suam. Gunakan air ini untuk berkumur. Amalkan tiga kali sehari sehingga rasa sakit hilang.
  • Kunyah sedikit kapur sirih pada gigi yang sakit sehingga lumat. Amalkan sehingga rasa sakit gigi hilang.
  • Makan buah belimbing buluh bersama sedikit garam.
  • Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada gigi yang sakit. Jika gigi berlubang, tumbuk bunga cengkih dan isikan ke dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas.
  • Untuk gigi berlubang, ambil getah pada tampuk buah betik muda dan sapukan pada gigi yang sakit dengan putik kapas.
  • Untuk gigi geraham berlubang, tumbuk seulas bawang putih hingga lumat dan masukkan sedikit cuka. Masukkan bahan tadi ke dalam lubang gigi.
  • Sapukan getah pokok kemboja pada gigi yang sakit.
  • Jika sakit masih melarat, sila berjumpa doktor gigi untuk dapatkan rawatan yang selanjutnya.

Selamat Mencuba

kredit

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!