Peluang Mendidik Anak Sekali Sahaja..

By Zahirah Dzahir - 2/03/2015 10:55:00 PG

Assalamualaikum..

Betui kata Dr Shukri Abdullah..peluang mendidik anak2 kita ni sekali sahaja..so didiklah anak2 kita betul2..

Yes Sekali Sahaja. SE-KA-LI !

Bimbing Anak cuma sekali.
Apabila anak dah membesar. Habis peluang itu.
Sementara kita berpeluang mendidik anak.
Sementara anak bersama kita.
Sementara anak masih dengar cakap kita.
Sementara anak masih tinggal sebumbung dengan kita.
Sementara kita tidak sesibuk mereka yang terlalu sibuk
Sementara Allah beri kesempatan kepada kita ...

Maka mari pakat didik anak sebaik yang kita mampu.
Kan kita kata nak bagi yang terbaik untuk anak kita.
Ingat sekadar:
-- Kata-kata.
-- Niat.
-- Azam.
-- Resolusi .... semata-mata tidak bermakna.

Do something.
Lakukan sesuatu.
Bawa berbincang suami-isteri / mak-ayah

Sebab ...
Anak semakin membesar.
Masalah yang dihadapinya di sekolah semakin mencabar.
Kawan-kawannya semakin banyak.
Lama-lama mereka semakin ada fikiran sendiri.
Mereka ada pandangan sendiri.
Mereka ada pendirian sendiri.
Mereka ada pegagangan sendiri ....
Yang mungkin tidak sehala dengan kita.
Yang mungkin jauh berbeza dengan kita.
Yang mungkin bercanggah dengan kita.
Pada ketika itu ...
Teguran
Nasihat
Pendapat kita
Sudah tidak didengari lagi.
Sudah lambat.

Justeru sementara ada peluang.
Khususnya ketika anak di sekolah rendah.
Ketika anak masih di pra-sekolah
Ketika anak masih awal sekolah menengah Kita bantu mereka.

* nak tahu lebih lanjut boleh follow FB Dr Shukri Abdullah

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!