Kisah Terkini Pelajar Pintar Matematik Sufiah Yusof

By Zahirah Dzahir - 2/09/2015 02:36:00 PTG

Assalamualaikum..

Lama tak dengar cerita tentang kanak2 pintar.Matematik dan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.. Sufiah Yusof yang juga telah menggemparkan negara dengan kisah beliau lari dari universiti Oxford dan juga menjadi pelacur. Jom baca kisah Sufiah ysof yang saaya share dari online mymetro..kosmo dan utusan..



‘Saya tidak lagi pintar’
 
 “Saya tidak lagi pintar, tidak ada wang dan sedang mencari kerja. Saya juga masih belajar secara sambilan di sebuah universiti,” kata wanita genius Matematik dan bekas penuntut Universiti Oxford, Sufiah Yusof, 30, yang kini masih berjuang untuk meneruskan hidup.

Bagaimanapun, Sufiah tidak memaklumkan di mana dia kini sedang melanjutkan pelajaran mahupun tempat tinggal terbarunya.

Sufiah ditemubual Haliza Hashim Doyle di sebuah hotel di Liverpool untuk Rancangan Nona TV3 yang disiarkan petang semalam.

Katanya, dia mahu meneruskan kehidupan seperti wanita lain selain tidak pernah dahagakan publisiti.

“Kegagalan dan pengalaman pahit yang saya alami banyak memberi pengajaran. Saya juga dapat menanganinya dengan baik.

“Ia membuatkan saya lebih matang. Biarpun tertekan tapi ia menyedarkan saya untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan sebenar,” katanya.

Katanya, dia juga tidak rasa dirinya pintar biarpun dapat melanjutkan pelajaran ke Universiti Oxford pada usia sangat muda.

“Mungkin saya ada kepandaian dan kepakaran dalam Matematik. Saya berharap dapat memberi sedikit sumbangan daripada aspek penyelidikan dan dapat meninggalkan legasi berkaitan Matematik.

“Apapun saya perlu meneruskan pembelajaran,” katanya.

Katanya, dia juga sudah lama tidak keluar di mana-mana media dan mahu laporan yang lebih baik terutama bagi berkongsi mengenai kisah hidupnya.

“Tidak bermakna kisah yang dikongsi menarik minat masyarakat tapi ada sesetengahnya bersimpati dan mahu tahu kisah saya walaupun ada kalangan mereka tidak mengenali saya,” katanya.

Katanya, dia tidak rasa sesuatu yang luar biasa walaupun sebelum ini menjadi tumpuan media berikutan kemasukannya ke Universiti Oxford.

“Semakin dewasa, saya lebih faham bahawa tidak semua orang mempunyai nilai dan aspirasi sama.

“Saya hargai mereka yang ambil berat dan beri sokongan. Setiap orang bebas buat pilihan dan mampu menanganinya setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat,” katanya.

Katanya, dia mengakui terbabit dengan industri seks selama beberapa bulan pada 2008 lalu.

“Saya berhenti selepas diburu, diganggu dan diugut oleh media di Britain. Saya pernah dirakam secara rahsia oleh wartawan di sini (Britain), yang menyamar sebagai pelanggan.

“Gambar saya sebagai pekerja seks turut dipapar. Ada antara mereka yang cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya mereka dapat merakamkan aksi ketika di atas katil.

“Itu adalah pengalaman paling menakutkan dalam hidup saya dan tidak masuk akal apabila hampir setiap hari menerima e-mail berunsur ugutan hanya semata-mata untuk menemuramah saya,” katanya.

Katanya, biarpun, kejadian itu membuatkannya tertekan namun ia menyedarkan dia selain mampu menanganinya dengan baik.

“Sebenarnya bukan saya saja yang diperhatikan malah ramai lagi. Laporan perubatan mereka diakses, mencari alamat mereka, mengugut, dan merakam mereka secara rahsia.

“Situasi begini cukup membuatkan saya tertekan, hanya menyembunyikan diri dan takut berjumpa dengan sesiapa,” katanya.

Sufiah berkahwin dengan kenalan, Jonathan Marshall yang juga penuntut jurusan Undang-undang di Universiti Oxford ketika usianya 19 tahun.

Ketika suaminya menamatkan latihan perundangan, Sufiah kembali belajar dalam jurusan ekonomi.

Dua tahun kemudian, dia dan suaminya dilaporkan bercerai dan sekali lagi pembelajaran Sufiah terbengkalai.

Pada 2008, Malaysia dan Britain digemparkan dengan laporan Sufiah mencari nafkah sebagai pekerja seks. 
------------------------------------

Sufiah kongsi pengalaman hidup

Selepas 10 tahun menyepi, Sufiah Yusof, 31, yang dahulu merupakan kanak-kanak pintar Matematik dan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun tetapi menggemparkan dunia apabila menjadi pekerja seks, muncul dalam rancangan Nona terbitan TV3 bagi berkongsi pengalaman hidupnya.

Sufiah yang tidak memaklumkan tempat tinggalnya kini, turut berkongsi kisah hitam yang ditempuhi pada 2008 apabila terpaksa menjadi pekerja seks di flat murah yang didiaminya di Salford, Manchester untuk menyara kehidupan selama beberapa tahun.

Mengakui tertekan kerana di­buru wartawan pada masa itu, dia memberitahu dapat menanganinya dengan baik.

“Memang betul, saya terlibat dengan industri seks selepas gagal dalam perkahwinan dengan pelajar undang-undang, Jonathan Marshal pada 2004. Mereka (wartawan) cuba memberi dadah dan menyuruh saya menanggalkan pakaian supaya dapat me­rakamkan secara rahsia aksi saya di atas katil.

“Walaupun anda tidak bersetuju dengan pekerjaan saya tetapi cara itu adalah tidak adil sama sekali. Malah, ketika saya menjadi buruan media, ia adalah satu keadaan yang tidak masuk akal dan setiap hari saya me­nerima pelbagai e-mel berbentuk ugutan.

“Ia sengaja diperbesarkan dan ini agak menakutkan saya yang masih remaja ketika itu,” katanya dalam rakaman temuramah rancangan berkenaan.

Dalam pada itu, ketika di­tanya mengenai keluarganya, Sufiah menjelaskan, mereka jarang berhubung dan hubungan mula renggang sewaktu usianya mencecah 15 tahun akibat tiada inspirasi dan nilai persaudaraan yang sama.

“Saya selesa dengan cara hidup sekarang dan tinggal dengan rakan-rakan. Semakin dewasa, saya lebih memahami dan semua orang tidak mempunyai nilai dan aspirasi yang sama.

“Setiap orang bebas membuat pilihan selain mampu menangani setiap permasalahan dengan pilihan yang dibuat. Saya tidak bermaksud masyarakat setuju dengan apa yang saya lakukan kerana mereka bebas menjalani kehidupan yang dimahukan,” katanya.

Sufiah memberitahu, dia bersetuju temuramah itu disiarkan kerana sudah lama tidak bercakap dengan media dan mahu laporan lebih baik berkenaannya dikongsi bersama masyarakat.

“Saya faham ketika itu ramai yang mengambil berat dan memberi sokongan walaupun tidak mengenali saya.

“Ketika menjadi buruan pada 2008, saya tahu terdapat rakyat Malaysia yang prihatin dan amat menghargainya,” katanya. 
----------------------------------------

20 Feb 2009 - Punca gadis genius matematik lari dari Universiti Oxford

Setelah sekian lama mendiamkan diri, Halimahton iaitu ibu kepada Sufiah Yusof, 24, gadis genius matematik yang menggemparkan dunia kerana pernah menjadi pelacur, akhirnya mendedahkan kisah sebenar anaknya itu.

Dia membuat pendedahan itu dalam laman web terbarunya, Learnerade. com, yang disiarkan kelmarin bagi memberi pengajaran kepada ibu bapa supaya tidak mengulangi kesilapan sama sepertinya.

Menurut Halimahton, dia membuat pendedahan itu kerana terdapat banyak berita dalam media yang tidak benar seperti dakwaan keluarganya tidak menghadiri perkahwinan Sufiah.

Dia berkata, ramai orang turut bertanya kenapa Sufiah memilih untuk mengikuti jalan yang dilaluinya walaupun dia mempunyai banyak kebolehan.

Halimahton yang berasal dari Muar, Johor turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana menawarkan bantuan dan sokongan ketika kisah Sufiah menjadi pelacur dibongkar pada 2008.

Wanita itu turut menyatakan dia memutuskan untuk menceraikan suaminya dan bapa Sufiah, Farooq kerana perangai lelaki itu menjadi bertambah teruk setelah gadis genius matematik itu meninggalkan keluarga.

Sufiah mendapat tumpuan dunia apabila dia diterima memasuki Universiti Oxford ketika berumur 12 tahun pada 1997 tetapi kemudian tidak menamatkan pengajian dalam bidang matematik.

Gadis itu juga membuat keputusan berkahwin tetapi kemudian bercerai selain enggan tinggal bersama Halimahton dan keluarganya.

Menurut Halimahton, dia enggan membuat sebarang spekulasi kenapa Sufiah memilih untuk menjadi gadis teman sosial.

"Sufiah kini merupakan seorang dewasa dan apa jua keputusan yang dia mahu lakukan dalam kehidupan terpulang pada dirinya.

"Sufiah merupakan seorang anak yang baik dan saya berharap dia tidak berubah sejak dia berjauhan daripada sokongan keluarganya," kata Halimahton.

Halimahton juga berkata, Sufiah mempunyai hubungan baik dengannya dan adik-beradiknya yang lain tetapi menghadapi masalah dengan bapanya, Farooq.


Menurutnya, Sufiah menerima tekanan dan berdepan dengan sikap panas baran bapanya sejak dari kecil.

"Apa yang menyebabkan situasi menjadi lebih buruk adalah sikap Farooq yang tidak boleh diramalkan.

"Banyak kali dia bersikap baik dan seperti lelaki budiman tetapi terdapat situasi dia berkelakuan seperti seorang diktator yang ganas serta menindas," katanya.

Ketika berada di Universiti Oxford, Sufiah membuat keputusan untuk memakai tudung manakala Halimahton memberi sokongan terhadap pilihannya itu.

"Farooq berasa tidak senang hati. Itu mencetuskan satu lagi perbalahan," kata Halimahton.

"Sufiah menghadapi banyak tekanan ketika dia masih remaja dan seperti saya, dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengubahnya," jelas wanita itu.

Pada tahun pertama di Oxford, Sufiah mendakwa dia tidak menerima beberapa keputusan penting peperiksaan, kata Halimahton.

"Namun, Farooq kemudian mendapati Sufiah mengelirukannya. Keputusan peperiksaan itu memang ada menyebabkan Farooq menjadi berang.

"Saya tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku tetapi Sufiah berasa amat kecewa dan saya percaya dia melindungi kemarahan terhadapnya (Farooq)," jelasnya.

"Saya berpendapat, Farooq berasa amat sombong ketika dia bersama dengan Sufiah, itu mungkin menyebabkan Sufiah berasa kecewa seperti anda boleh menjangkakan perasaan seorang gadis remaja," katanya.

"Sebaliknya, saya melihat Sufiah berasa gembira apabila bercuti ketika ditemani oleh saya dan anak-anak saya yang lain," jelas Halimahton.

Berikutan situasi tekanan yang semakin meningkat, Sufiah melarikan diri dari universiti ketika dia berumur 15 tahun.

"Sufiah memberitahu, kelakuan Farooq merupakan punca dia berbuat demikian," kata Halimaton.

Waktu itu merupakan waktu yang traumatik untuk keluarga itu dengan Farooq menyalahkan setiap orang kerana Sufiah melarikan diri, bukan dirinya.

Sufiah kemudian ditemui oleh polis dan dia memberitahu enggan untuk kembali ke Oxford dan menemui bapanya.

Gadis itu kemudian tinggal di Bournemouth tetapi Halimahton dan anak-anaknya kerap melawatnya.

Sufiah kembali ke Oxford selepas beberapa tahun dan memberitahu dia mahu berkahwin dengan Jonathan Marshall yang memeluk Islam menyebabkan hubungan dengan keluarganya menjadi bertambah baik.

Halimahton berkata, Sufiah kemudian bersedia untuk memaafkan Farooq.

Namun, hubungan Sufiah dengan bapanya masih tidak baik kerana terdapat beberapa isu yang tidak diselesaikan.

"Kami kemudian mengadakan mesyuarat keluarga di mana Iskander (adik Sufiah) dan saya menggalakkan Sufiah serta Farooq berkomunikasi secara baik," kata Halimahton.

Sufiah kemudian memberitahu Halimahton kenapa dia lari dari universiti dengan menjelaskan sikap Farooq terhadapnya pada masa lampau menyebabkan dia melarikan diri.

Iskander bertanya Sufiah apakah yang dia mahu daripada Farooq dalam satu perbincangan yang penuh emosi.

"Sufiah menyatakan dia hanya mahu Farooq meminta maaf berhubung cara dia melayannya dan semua anggota keluarga," kata Halimahton.

Farooq kemudian meminta maaf dan mereka berpelukan.

Namun, Farooq lupa dia sudah meminta maaf dan beberapa minggu kemudian, dalam satu perbincangan, dia melancarkan serangan kata-kata ke atas Sufiah, Halimahton dan kakak Sufiah, Aisha.

Ekoran Farooq lupa pada janjinya itu, Sufiah enggan memberikannya peluang kali kedua dan dia kemudian meninggalkan keluarganya semula.

"Bagi Sufiah, semua perkara memusnahkan dirinya selepas insiden buruk itu. Dia kemudian memberitahu kami bahawa dia dalam proses perceraian dan tidak mahu keluarga menghubunginya semula," kata Halimahton.

"Oleh kerana Sufiah masih seorang dewasa, kami menghormatinya hasratnya dan kami tidak mendengar apa-apa berita daripadanya selama empat tahun sehinggalah kami menerima berita bahawa dia menjadi seorang gadis teman sosial," katanya.

"Kesilapan besar saya ialah mungkin saya tidak meninggalkan Farooq (bercerai) lebih awal tetapi ia merupakan keputusan yang sukar untuk dibuat kerana anak-anak saya masih kecil ketika itu.

"Saya berasa takut apakah padah yang bakal berlaku kepada anak-anak saya," kata Halimahton.

"Apabila Farooq tidak ada, keluarga kami berasa gembira dan kami berasa amat rapat," katanya.

Kata-kata terakhir daripada Halimahton: "Saya berharap Sufiah akan datang (melawat) satu masa nanti tetapi kita perlu bersabar untuk tidak menekan sebarang isu."

Pada tahun lalu bapa Sufiah, Farooq yang berasal dari Pakistan dihukum penjara selepas didapati mencabul dua remaja perempuan yang menjadi pelajarnya dalam satu kelas tuisyen.

Halimahton kini menjual bukunya yang berjudul Genius in 28 Steps menerusi Internet yang mendedahkan cara untuk membimbing anak-anak menjadi genius.

- Mummy Ira - 
Matematik dan memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/komuniti/sufiah-kongsi-pengalaman-hidup-1.57605#sthash.dXnXF4QR.dpuf

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!