Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi Yang Baru Lahir

By Zahirah Dzahir - 1/14/2015 03:25:00 PTG

Assalamualaikum..

Secara normalnya tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru-biruan. Selepas kelahiran, pakar perubatan akan memotong tali pusat untuk meninggalkan 1-2 inci. Tali pusat yang kontot itu akan menjadi kering dan kerepot, serta gelap, dan jatuh sendiri dalam tempoh kira-kira tiga minggu.


Aspek yang penting sekali adalah memastikan tahap kebersihan untuk mencuci tali pusat di tahap maksima! Pastikan tali pusat dan kawasan sekelilingnya bersih dan kering. Sentiasa cuci menggunakan air bersih dan sabun. Kebiasaanya nurse akan memberi panduan kepada kita untuk membersihkan tali pusat menggunakan ubat khas.




Ibubapa juga  perlu perhatikan tali pusat bayi anda sekiranya terdapat sebarang jangkitan. Ini memang jarang berlaku, tetapi jika ia berlaku ia boleh merebak dengan cepat dan memberi masalah kesihatan kepada bayi anda.
Antara tanda-tanda jangkitan ialah :
  • Tali pusat dan di bahagian tunggul pusat berbau busuk
  • Ada cecair kuning seperti nanah keluar dari tali pusat
  • Bahagian pusat bayi kelihatan merah, berair dan kelilingnya lebih     lembut dari biasa
  • Bayi diserang deman panas
  • Bayi kelihatan lesu
  • Bayi tak ada selera untuk minum susu atau menyusui susu ibu
* Jika tali pusat bayi masih melekat dan tak tanggal selepas 4 minggu, sebaiknya anda bawa bayi anda untuk pemeriksaan lanjut. Kelewatan tali pusat tanggal boleh terjadi disebabkan oleh anatomi bayi atau sistem ketahanan badan.
Alat dan bahan yang diperlukan untuk mencuci tali pusat bayi :
  • Bekas air
  • Putik kapas (cotton buds)
  • Alkohol dan juga yang panggil spirit. Kebanyakan hospital ada bekalkan ubat pusat bayi semasa keluar daripada wad
  • Kapas

Jom kita baca tips penjagaan tali pusat ini sehingga habis.

1.  Kebersihan mesti dijaga sebab bayi masih kecil dan sistem pertahanan badan bayi masih belum kuat. Jadi sebelum pegang bayi kita yang comel dan gebu tu, cuci dan basuh tangan kita dengan air bersih.

2.  Sebelum ubat pusat disapu pada pusat bayi kita, pastikan pusat bayi dah dilap kering-kering.
3. Kemudian  ambil kapas, tuangkan spirit atau alcohol yang dibekalkan oleh hospital tu ke atas kapas dan tak perlu banyak-banyak  sampai lencun kapas.  Cukup dengan tekap-tekapkan kapas tu hingga spirit / alkoholnya melekat di kapas. Kemudian perlahan-lahan sapukan kapas tadi ke bahagian pusat yang masih bertali  dan keliling pusat  termasuk  di kawasan yang berlipat (jika ada)

4.  Dah selesai sapu di pangkal pusat, sapu pula di bahagian hujung pusat yang dah di klip tu. Sapu dengan berhati-hati dan lembut untuk elakkan berlaku pendarahan dipangkal tali pusat tu.

5. Selain dari kapas, kita juga boleh menggunakan putik kapas untuk meratakan antiseptik di sekeliling baki tali pusat bayi.  Jika sekiranya hujung tali pusat  terkena air kencing atau najis, basuh dengan berhati-hati dengan pencuci bayi pH neutral. Tujuannya untuk mengelak sebarang jangkitan kuman kepada tali pusat bayi kita.

6. Lepas selesai menyapu antiseptik, pastikan barut bayi tidak mengenai tali pusat untuk mengelakkan bayi kita rasa tak selesa. Juga pastikan keliling tunggul pusat sentiasa bersih dan kering sebelum memakai barut.

7.  Sama juga bila pakaikan lampin pakai buang pada bayi. Sebaiknya gunakan lampin 'new born' kerana ia ada lekuk di bahagian depan agar pusat bayi yang masih belum tanggal berada di luar dan tidak ditutup oleh lampin. Cara ini amat membantu memastikan tali pusat sentiasa dalam keadaan kering dan sekali gus mengelakkan sebarang jangkitan di bahagian tersebut.

8. Pastikan tali pusat bayi (terutama bagaian tunggul yang melekat dipusat bayi)  tidak ditutup rapat oleh barut bayi atau lampin bayi.  Jika kawasan pusat menjadi lembab, ia boleh menyebabkan berlakunya jangkitan bakteria di bahagian pusat.  Tali pusat bayi sebenarnya lebih cepat sembuh jika ia sentiasa dalam keadaan  kering.
Tunggu tali pusat bayi kita akan gugur dan tanggal sendiri lebih kurang seminggu selepas bayi dilahirkan. Tapi  ada juga bayi yang ambil masa sehingga 10 hari sebelum tali pusatnya tertanggal.

Biasanya tali pusat akan mengecut, menjadi hitam dan gugur dengan sendirinya.  Dalam pada itu ada luka kecil di bahagian tunggul pusat, tapi tak perlu risau sebab bahagian tersebut akan pulih dan menjadi pusat bayi kita

Setelah tali pusat bayi kita gugur, tunggu antara tujuh hingga 10 hari untuk memastikan sekeliling pusat bayi kita pulih sepenuhnya.  Kita mungkin ternampak sedikit darah di lampin bayi. Ini adalah normal.  Kadangkala kawasan pusat itu mengambil lebih masa untuk pulih, dan cebisan daging berketul akan muncul di tempat luka. Jangan risau, ia tidak merbahaya dan ketulan ini akan hilang dalam sedikit masa.
Semoga tips2 di atas dapat membantu ibu2 baru dalam menguruskan bayi anda.  
- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

4 orang berborak di sini!

  1. Ada sesetengah orag sampai letak minyak gamat la untuk tanggal cepat.
    Bahaya betul tue.
    Sampai jadi kes kan.
    Cukup sekadar air bersih dan butik kapas paling asasnya.

    BalasPadam
  2. @azeni ahmad...betui..klu kita guna minyak ni lagi pusat tu lmbt kering..dok berair..kkdg2 ada bby yg ok ada yg tak..tu yg penting kita pakat share info2 camni..untuk pengetahuan kita semua..

    BalasPadam
  3. brapa kali sari letak ubat yg diberikan hospital??

    BalasPadam
  4. brapa kali sari letak ubat yg diberikan hospital??

    BalasPadam