Senaman Kemutan ( Kegel ) Bagus Untuk Wanita

By Zahirah Dzahir - 1/19/2015 03:35:00 PTG

Assalamualaikum..

Amal Senaman Kegel (Senaman Kemutan)

Senaman adalah untuk kecergasan tubuh badan. Apabila kita melakukan senaman, otot kita bergerak cergas dan membina protin dalam otot berkenaan.Gerakkan otot melancarkan darah dan meningkatkan degupan jantung serta pernafasan selain membebaskan kimia seperti beta endorfin untuk memberi kesegaran.

Senaman juga dapat membantu memantapkan otot yang menjadi benteng anggota perempuan seperti senaman Kegel atau senaman kemutan.Senaman kemutan membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam otot lantai pelvis, seolah-olah mahu menahan kencing atau tahan membuang air besar dan ia dilakukan secara serentak.

Senaman ini jarang dilakukan secara sengaja dan jika dilakukan, biasanya dalam keadaan tertentu seperti menahan kencing apabila tandas penuh.Jadi jika senaman kemutan ini dilakukan oleh mana-mana individu, perasaan kurang selesa akan berlaku.

Bagi wanita jika senaman kemutan itu dilakukan, dia akan rasa terangsang, lebih lagi jika kedua-dua paha itu dirapatkan. Jika paha direnggangkan sedikit mungkin perasaan terangsang itu kurang.

Kelebihan amalan kemutan dapat melangsingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu.

Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak dan hubungan kelamin tidak akan berbunyi seperti angin keluar-masuk!Amalan mengemut dapat membantu melangsingkan otot kemutan dan membantu mengintimkan hubungan silaturrahim dengan pasangan. Hubungan seksual menjadi lebih seronok dan lebih memberangsangkan.

Dr Ismail Tambi
Pakar Kesihatan Reproduktif dan Seksual
Pakar Sakit Tuan

Cara Melakukan Senaman Kegel

  • Kenalpasti otot lantai pelvis
  • Kemut bahagian termasuk selama 3 saat dan lepaskan selama 3 saat. Semasa kemutan dilakukan, jangan keraskan perut atau otot lain
  • Lakukan selama 10-15 kali untuk setiap sessi. Amalkan 3 sessi sehari.
  • Teruskan senaman sehingga anda mampu menahan kemutan sehingga 10 saat
  • AMARAN: Jangan lakukan senaman kagel semasa ingin kencing sebaliknya lakukan ketika pundi kencing kosong
Cara Senaman Kegel

Anda boleh lakukan dimana mana saja dan pada bila bila masa. Baik semasa berdiri, duduk atau baring, semasa di pejabat mahupun di rumah. Ia tidak memerlukan alatan tambahan atau masa yang panjang. Sesiapan pun boleh melakukannya.

Kelebihan amalan kemutan ini ialah, ia dapat menyempitkan pembukaan ruang faraj yang renggang dan longgar. Selain daripada membantu wanita yang menghadapi masalah mengawal kencing, ia juga menghalang angin dari masuk ke vagina yang mana boleh menyebabkan kentut vagina. Amalan mengemut juga dapat melangsingkan otot kemutan dan mengintimkan hubungan suami isteri. 


- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!