Cara Paling Pantas Untuk Hilangkan Jeragat Di Wajah

By Zahirah Dzahir - 1/30/2015 08:29:00 PTG

Assalamualaikum..


Kadang kadang masalah jeragat ni boleh mendatangkan masalah kepada kita. Masalah jeragat ni dihadapi tak kira lelaki atau perempuan. Sesetengah dari kita yang ada masalah jeragat ni akan malu berhadapan dengan orang.

Jeragat ialah tompok-tompok hitam yang disebabkan melanin yang terkumpul dan menjadi warna coklat muda atau coklat tua. Kadang kala ia hitam yang terkumpul di muka biasanya berkelompok, baik di pipi mahupun di dahi atau dagu. Jeragat boleh dipudarkan atau dikurangkan, tetapi tidak boleh dipulihkan sama sekali.

Jeragat boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu seborrhoeic keratoses, melasme dan skin tag. Seborrhoeic keratoses ialah timbul seperti biji hitam atau tahi lalat hidup pada kulit. Melasme pula tompok hitam atau kelabu leper di bawah lapisan kulit. Skin Tag ialah daging lebih berwarna coklat atau kelabu yang kebiasaannya ada pada ketiak dan teher. Jeragat tidak berbahaya namun menyebabkan kulit muka individu kusam dan kotor. Mungkin anda tidak ada jeragat, tetapi mencegah lebih baik sebelum ditimpa masalah ini.


Mungkin sesetengah penyebabnya ialah
  • Faktor cuaca
  • Hormon yang tidak seimbang
  • Gelisah dan tidak cukup tidur.
Saya ada terbaca dalam In Trend  5 cara paling pantas untuk menghilangkan jeragat di wajah.

Lidah Buaya
Lendir lidah buaya (aloe vera) selain dapat menghilangkan jeragat, ia juga bagus untuk menghilangkan parut jerawat. Ambil daun lidah buaya, potong kepada beberapa kerat dan bahagian, kemudian kupas kulit luarnya, sapukan lendir lidah buaya pada bahagian muka yang terdapat jerawat. Lakukan aktiviti ini setiap hari dan kulit anda akan lebih segar dan kurang bintik jeragat.


Air Kelapa
Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Asid yang terdapat dalam air kelapa sebenarnya bagus untuk merawat kulit wajah.


Jangan Terlalu Urut Wajah
Bagi yang mengelami  masalah jeragat ini. Jangan lakukan urutan atau pembersihan yang berlebihan kerana ia akan menyebabkan iritasi. Cukup sekadar pembersihan berkala dengan kadar yang sedikit. Juga pilih pembersih wajah yang tidak banyak menghasilkan buih kerana ia boleh mengakibatkan kulit anda rosak.


Jauhi Sinar Matahari
Oleh kerana Malaysia bersuhu panas  anda sebagai seorang wanita juga perlu melindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.


Jaga Pemakanan

Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori. Lebihkan makanan yang miliki protin dan juga vitamin. -inTrend


Semoga bermanfaat untuk semua..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!