Bahaya Bayi Mandi Dengan Air Sejuk

By Zahirah Dzahir - 1/24/2015 09:34:00 PG

Asslamualaikum..

Baru baru ni baca dalam facebook post tentang bahaya bayi mandi dengan air sejuk..maybe ada sesetengah orang tak percaya..kalau yang tak percaya cuba google cari tentang ni..seeloknya bayi ni kena mandi dengan air suam..cer pikir..kita yang dewasa ni pun kadang2 terkejut kalau mandi dengan air sejuk..tambah dengan baby..lagi bahaya.. Bayi di bawah usia 6 bulan perlu dimandikan dengan air suam..

Soal Jawab dari Dr Zubaidi Ahmad 

“Assalamualaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Doktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkah memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?” 

Jawapan Dr Zubaidi Ahmad

Waalaikummussalam. Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak. 
Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah.

Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan dan boleh menyebabkan kematian pada bayi. Waktu memandikan bayi tidak berapa penting, malah boleh memandikan bayi waktu malam, asalkan menggunakan air yang suam.

Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam kerana air sejukmembuat bayi mengalami hipotermia.

Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun secara mengejut kerana lapisan kulit bayi yang masih terlampau tipis.

Hipotermia pada bayi, biasanya membuat bayi lupa cara bernafas dan berbahaya kepada bayi.  Bayi akan alami kebiruan pada mulut, menandakan bayi tu tak menarik nafas secukupnya.
Sebaiknya bayi di bawah usia enam bulan ke bawah dimandikan dengan air bersuhu antara 29-30 derjah celsius, karena suhu itu dianggap cukup hangat dan selesa bagi kulit dan paru-paru bayi.

Wallahu a'lam
---------------------

Jadi..kita sebagai Ibubapa..tak kira la sesiapa pun yang ada anak kecil ka adik kecil..mesti tahu tentang info2 camni..  sentiasa peka kepada keselamatan dan kesihatan anak-anak supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. 

- Mommy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!