Apakah Punca Keguguran Berlaku?

By Zahirah Dzahir - 1/06/2015 01:06:00 PTG

Assalamualaikum..

Keguguran ialah kehilangan kandungan sebelum 22 minggu waktu hamil. Adalah dianggarkan sebanyak 15-20% kehamilan akan mengalami keguguran dan 80% kes akan berlaku sebelum 12 minggu kehamilan. Risiko untuk mengalami keguguran seterusnya ialah 25%. Risiko ini akan meningkat sekiranya anda pernah mengalami keguguran sebanyak 2 kali. Walaupun insiden keguguran adalah kerap, ianya memberikan impak yang sangat mendalam kepada wanita yang mengalaminya.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan keguguran berlaku dan ini berbeza antara keguguran yang berlaku pada trimester 1 dan 2 kehamilan:

a) Kromosom yang abnormal pada janin. Ini adalah faktor utama keguguran berlaku pada trimester pertama

b) Implantasi yang tidak elok

c) Penyakit medikal yang kronik yang dihidapi oleh wanita tersebut

d) Infeksi faraj. Keguguran selalunya akan berlaku pada trimester kedua.

e) Trauma yang teruk pada wanita. Contohnya seperti ‘accident’ kereta/ motorsikal

f) Pangkal rahim yang tidak kuat yang dikenali sebagai ‘cervical incompetence’. Ini selalunya hanya akan menyebabkan keguguran pada trimester kedua.
Wanita yang mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi:

  • Umur wanita. Semakin berumur wanita tersebut semakin tinggi risiko untuk keguguran
  • Sejarah keguguran.
  • Penyakit medikal kronik seperti kencing manis, polycystic ovarian syndrom dan penyakit autoimmun seperti antiphospholid syndrom.
  • Sejarah keluarga baby abnormal
  • Pangkal rahim yang lemah (‘Cervical incompetence’)
  • Merokok
  • Meminum alkohol
Risiko keguguran mengikut umur wanita




Dari graf (1) di atas, boleh dilihati bahawa semakin meningkat umur seseorang wanita risiko kegugurannya juga meninggi. Ini lebih ketara selepas umur 35 tahun dan peratusnya hampir dua kali ganda selepas umur 40 tahun ke atas.  Semakin meningkat umur seseorang wanita, risiko telur abnormal yang dihasilkan dari kilang ovari juga meningkat. Ini mengakibatkan embrio yang terbentuk adalah abnormal. Ini akan menyebabkan keguguran kerana embrio yang abnormal tidak dapat membesar dengan sempurna.


egg

Simptom keguguran

  • Pendarahan melalui faraj dan kesakitan perut
  • Ketul-ketulan darah keluar melalui faraj
Setengah-tengah pesakit tidak mempunyai sebarang simptom dan diagnosi keguguran dikesan semasa imbasan scan yang dibuat oleh doktor
Jenis-jenis keguguran?

  • ‘Threatened miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya terdapat pendarahan dari faraj, tetapi apabila imbasan scan dibuat, jantung janin dapat dilihat di dalam rahim. Pemeriksaan dalaman akan menunjukkan pangkal rahim masih tertutup. Doktor dapat memberikan ubat bernama Duphaston untuk menguatkan rahim dalam kes ini.
  • ‘Inevitable miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan banyak dari faraj dan kesakitan perut berlaku, tetapi apabila pangkal rahim diperiksa menunjukkan ianya sudah terbuka.
  • ‘Complete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Selepas ketulan darah atau tisu itu keluar, kesakitan dan pendarahan berkurangan. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya sudah tertutup.
  • ‘Incomplete miscarriage’. Diagnosis ini dibuat sekiranya pendarahan dari faraj dan kesakitan perut berlaku. Di samping itu. terdapat ketulan darah dan daging / tisu yang keluar. Apabila doktor memeriksa pangkal rahim, ianya masih terbuka dan masih terdapat daging/ tisu janin di dalam rahim.
  • ‘Missed miscarriage‘. Diagnosis ini selalunya akan dibuat semasa imbasan scan dibuat di mana janin dapat dilihat tetapi tiada degupan jantung dapat dikesan. Selalunya degupan jantung janin boleh dikesan pada minggu keenam kehamilan. Kadang-kala size kantung tersebut tidak membesar langsung. Wanita tersebut selalunya samada tidak mengalami sebarang simptom atau mengalami pendarahan faraj yang sedikit sahaja.
  • ‘Blighted ovum’. Diagnosis ini akan dibuat semasa imbasan scan jika hanya kantung sahaja dapat dilihat. Sekiranya kantung bersaiz 20mm, tetapi tiada janin (‘fetal echo’) yang dapat dilihat. Diagnosis blighted ovum akan dibuat oleh doktor. Ini disebabkan oleh pembentukan uri sahaja dan janin tidak pula terbentuk.
  • ‘Septic miscarriage’. Ini berlaku sekiranya terdapat infeksi rahim berlaku pada waktu yang sama dengan keguguran

blighted-ovum1
Blighted Ovum


Rawatan untuk keguguran

Ini terpulang kepada jenis keguguran yang berlaku. Antara rawatan yang akan diberikan:

  • Konservatif. Apabila masanya, janin yang tidak terbentuk normal akan jatuh dengan sendirinya. Oleh itu, boleh menunggu dalam anggaran 2 minggu dahulu.
  • D&C. (Dilatation & Curettage) Pembedahan minor di mana pencucian rahim akan dibuat untuk mengeluarkan janin yang tidak terbentuk dengan normal
  • ‘Medical termination’. Sejenis ubat khusus boleh diberikan samaada melalui faraj atau dimakan yang menyebabkan pangkal rahim akan terbuka dan janin tersebut jatuh keluar.

Hendaklah berbincang dengan doktor untuk rawatan yang mana paling sesuai untuk anda. Selepas keguguran, seelok-eloknya hendaklah menunggu selama 3 bulan sebelum mencuba untuk hamil semula.

Credit http://drnatashanorfertility.com/2014/06/03/apakah-punca-keguguran-berlaku/

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!