Mengatasi Anak Yang Takut ke Sekolah

By Zahirah Dzahir - 12/18/2014 05:39:00 PTG

Assalamualaikum

Teks: Ashikin Hashim

Tidak lama lagi, musim persekolah 2014 bakal bermula. Mungkin sekarang ibubapa sedang sibuk membuat pendaftaran dan persediaan memasukkan anak-anak di tadika yang terpilih. Bagi anak-anak yang baru pertama kali bersekolah, ini adalah pengalaman yang mungkin sangat mengujakan atau mungkin juga menakutkan.

 

Adakah ia normal?

 

Pertama kali ke sekolah, anak menangis, memeluk erat ayah atau ibu dan tidak mahu lepas. Adakah ini normal? Sudah tentu ia adalah normal. Dalam rutin biasa mereka, mungkin mereka hanya di kelilingi ibu ayah, pembantu rumah, adik beradik, atau datuk dan nenek. Tiba-tiba pada suatu hari dia ditinggalkan di sebuah tempat yang sangat asing baginya. Tentu dia merasa sangat takut. Takut jika ibu dan ayahnya tidak kembali mengambilnya dan takut jika tidak dapat pulang ke rumah.

 

Bagaimana membantunya?


1. Dedahkan anak dari awal tentang sekolah barunya. Tunjukkan dan bawa anak ke sekolah.

 

2. Beli barang-barang sekolah bersama agar dia merasai keterujaan untuk pergi ke sekolah.

 

3. Selalu bercerita dengan anak tentang apa yang boleh dilakukan di sekolah - tentang buku, tentang guru dan tentang kawan-kawan

 

4. Selalu berikan anak jaminan bahawa di sekolah adalah selamat dan katakana kepadanya bahawa kita akan kembali mengambilnya

 

5. Jika anak masih takut, letakkan sesuatu seperti barang anda di dalam beg sekolahnya - contoh barang adalah seperti selendang ibu. Katakan kepada anak, jika dia rindu, pegang selendang tersebut.

 

6. Usah ambil lambat - sekali berjanji, mesti ditepati. Jika kita memungkirinya, anak mungkin sukar untuk mengatasi masalah ketakutannya.

 

7. Nasihat dan terus nasihat. Jangan berputus asa.

 

8. Berbincang dengan guru tentang tindakan dan perkembangan anak di sekolah.

 

9. Ibu dan bapa mesti positif dan kuat! - Anak mendapat kekuatan daripada ibu bapa mereka yang juga kuat.

 

Semoga ada manfaatnya.
* Untuk semua ibu bapa yg anaknya nak mula bersekolah boleh la cuba tip2 dari Ashikin Hashim ni. Macam Haziq dulu, alhamdulillah tak dak masalah nak masuk tahun 1 ke sekolah, maybe dia dah biasakan diri masa pra sekolah dulu. Kadang2 yang lebih takutnya kita..anak2 tu cool ja.. :)

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!