Telefon Gempak HTC

By Zahirah Dzahir - 11/12/2014 04:08:00 PTG

Assalamualaikum..

 
 
Selepas memperkenalkan evolusi pembesar suara di depan melalui One 7, HTC meneruskannya pada keluarga Desire yang dapat disaksikan melalui Desire 816.

Telefon pintar yang leng-kap dengan sambungan LTE terbabit dipasang bersama CPU Qualcomm Snapdradon 400 Quad Core 1.6GHz dan RAM sehingga 1.5GB.

Memori dalamannya pula hanya sekadar 8GB, tetapi boleh ditambah melalui kad mikroSD yang disediakan pada kamera berkualiti 13MP dan apertur F2.2 yang mampu merakam video HD penuh 1080p.

Kamera depan pula mampu merakam gambar 5MP dengan lensa bersudut lebar serta sensor BSI.

Badan Desire 816 direka daripada plastik polikarbonat yang sering menjadi pilihan pengeluar selain aluminium. HTC menggunakan kemasan licin yang kelihatan cantik berkilat di belakang.

Penutup belakangnya tidak boleh dibuka, jadi bateri tidak boleh diganti sendiri oleh pengguna, cukup saja dengan kapasiti 2600mAh yang ditawarkan HTC.

Logo HTC terpampang besar di tengahnya, manakala kamera terletak di sudut atas kiri dan dipadankan dengan flash LED di bawahnya.

Manakala bahagian depan HTC disediakan pada skrin 5.5 inci HD 1280 x 720 dengan logo kecil HTC di bawah skrin.

Model baru HTC kini menggunakan butang maya di atas skrin, jadi badan fizikal telefon menjadi lebih kecil. Terdapat dua pembesar suara di atas dan di bawah skrin yang menempatkan stereo dengan amplifier terbina di dalam dan dilengkapi teknologi HTC BoomSound.

Sememangnya audio yang dihasilkan jelas dan kuat, boleh diiktiraf yang terbaik dalam kalangan peranti yang berada di pasaran sekarang.

Butang kuasa dan suara diletakkan di bahagian kiri telefon, namun agak sukar bagi pengguna yang berta-ngan kanan menggunakan ibu jari untuk menekan butang.

Di bahagian kanan pula terdapat slot kad mikroSD serta slot kad SIM ber­saiz nano. Slot kad SIM dan mikroSD ini ditutup dengan penutup plastik berbeza dengan sesetengah peranti yang menggunakan penutup yang perlu dibuka dengan jarum pin.

Bahagian atas telefon tersedia dengan port audio 3.5mm untuk penggunaan fon telinga sementara di bahagian bawah, terdapat port mikro USB 2.0 yang digunakan untuk penghantaran data dan mengecas.

Sistem operasi pada Desire 816 dikuasakan oleh Android 4.4 KitKat dan dilengkapi antaramuka HTC Sense versi 6.0 keluaran HTC sendiri.

Antaramuka Sense 6.0 dilengkapi HTC Blink­feed berada di laman kiri jadi pengguna boleh mengakses berita utama terkini dengan kategori yang ditetapkan sendiri.

Selain itu, akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter juga boleh dipaparkan pada Blinkfeed untuk membaca status dan 'posting' terkini rakan.

Penjimatan bateri pada Desire 816 boleh dipanjang­kan dengan dua mod iaitu Power Saver yang me­ngehadkan kuasa CPU, mengurangkan kecerahan skrin, memadamkan gegaran dan menutup sambu­ngan data apabila skrin dipadamkan.

Mod kedua pula dikenali sebagai Extreme Power Saving hampir menyamai mod Power Saver, tetapi ditambah dengan had aplikasi yang dijalankan.

Ia akan mengubah ­antaramuka menjadi ringkas yang memaparkan aplikasi asas seperti panggilan, SMS, e-mel, kalendar dan kalkulator bagi memastikan telefon boleh digunakan untuk jangka masa lebih lama.

Kamera utama di belakang yang boleh merakam foto pada resolusi 13MP dan video HD penuh 1080p datang bersama aplikasi kamera HTC yang menarik.

Aplikasi kamera HTC mempunyai beberapa fungsi manual seperti pilihan 'scene', ISO sehingga 1600, kawalan dedahan cahaya, imbangan putih dan beberapa filter lain bagi mencantikkan lagi gambar.

INFO:

PRODUK: HTC Desire 816

PENGELUAR: HTC

PERTANYAAN: HTC

LAMAN WEB: htc.com

HARGA: anggaran RM1,199

PRO: Kamera menarik

KONTRA: Operasi Blinkfeed agak lambat 

-www.hmetro.com.my/
-
--------------------------------------------------------

Ready Stock / Cod / Self Pick Up / Pos
Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan  
Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..

Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir
Selepas memperkenalkan evolusi pembesar suara di depan melalui One 7, HTC meneruskannya pada keluarga Desire yang dapat disaksikan melalui Desire 816.
Telefon pintar yang leng-kap dengan sambungan LTE terbabit dipasang bersama CPU Qualcomm Snapdradon 400 Quad Core 1.6GHz dan RAM sehingga 1.5GB.
Memori dalamannya pula hanya sekadar 8GB, tetapi boleh ditambah melalui kad mikroSD yang disediakan pada kamera berkualiti 13MP dan apertur F2.2 yang mampu merakam video HD penuh 1080p.
Kamera depan pula mampu merakam gambar 5MP dengan lensa bersudut lebar serta sensor BSI.
Badan Desire 816 direka daripada plastik polikarbonat yang sering menjadi pilihan pengeluar selain aluminium. HTC menggunakan kemasan licin yang kelihatan cantik berkilat di belakang.
Penutup belakangnya tidak boleh dibuka, jadi bateri tidak boleh diganti sendiri oleh pengguna, cukup saja dengan kapasiti 2600mAh yang ditawarkan HTC.
Logo HTC terpampang besar di tengahnya, manakala kamera terletak di sudut atas kiri dan dipadankan dengan flash LED di bawahnya.
Manakala bahagian depan HTC disediakan pada skrin 5.5 inci HD 1280 x 720 dengan logo kecil HTC di bawah skrin.
Model baru HTC kini menggunakan butang maya di atas skrin, jadi badan fizikal telefon menjadi lebih kecil. Terdapat dua pembesar suara di atas dan di bawah skrin yang menempatkan stereo dengan amplifier terbina di dalam dan dilengkapi teknologi HTC BoomSound.
Sememangnya audio yang dihasilkan jelas dan kuat, boleh diiktiraf yang terbaik dalam kalangan peranti yang berada di pasaran sekarang.
Butang kuasa dan suara diletakkan di bahagian kiri telefon, namun agak sukar bagi pengguna yang berta-ngan kanan menggunakan ibu jari untuk menekan butang.
Di bahagian kanan pula terdapat slot kad mikroSD serta slot kad SIM ber­saiz nano. Slot kad SIM dan mikroSD ini ditutup dengan penutup plastik berbeza dengan sesetengah peranti yang menggunakan penutup yang perlu dibuka dengan jarum pin.
Bahagian atas telefon tersedia dengan port audio 3.5mm untuk penggunaan fon telinga sementara di bahagian bawah, terdapat port mikro USB 2.0 yang digunakan untuk penghantaran data dan mengecas.
Sistem operasi pada Desire 816 dikuasakan oleh Android 4.4 KitKat dan dilengkapi antaramuka HTC Sense versi 6.0 keluaran HTC sendiri.
Antaramuka Sense 6.0 dilengkapi HTC Blink­feed berada di laman kiri jadi pengguna boleh mengakses berita utama terkini dengan kategori yang ditetapkan sendiri.
Selain itu, akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter juga boleh dipaparkan pada Blinkfeed untuk membaca status dan 'posting' terkini rakan.
Penjimatan bateri pada Desire 816 boleh dipanjang­kan dengan dua mod iaitu Power Saver yang me­ngehadkan kuasa CPU, mengurangkan kecerahan skrin, memadamkan gegaran dan menutup sambu­ngan data apabila skrin dipadamkan.
Mod kedua pula dikenali sebagai Extreme Power Saving hampir menyamai mod Power Saver, tetapi ditambah dengan had aplikasi yang dijalankan.
Ia akan mengubah ­antaramuka menjadi ringkas yang memaparkan aplikasi asas seperti panggilan, SMS, e-mel, kalendar dan kalkulator bagi memastikan telefon boleh digunakan untuk jangka masa lebih lama.
Kamera utama di belakang yang boleh merakam foto pada resolusi 13MP dan video HD penuh 1080p datang bersama aplikasi kamera HTC yang menarik.
Aplikasi kamera HTC mempunyai beberapa fungsi manual seperti pilihan 'scene', ISO sehingga 1600, kawalan dedahan cahaya, imbangan putih dan beberapa filter lain bagi mencantikkan lagi gambar.
INFO:
PRODUK: HTC Desire 816
PENGELUAR: HTC
PERTANYAAN: HTC
LAMAN WEB: htc.com
HARGA: anggaran RM1,199
PRO: Kamera menarik
KONTRA: Operasi Blinkfeed agak lambat
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8327#sthash.XZqUOzu7.dpuf

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!