GST: Pemahaman Perlu Elak Salah Faham

By Zahirah Dzahir - 11/10/2014 01:56:00 PTG

Assalamualaikum..

KUALA LUMPUR - Dengan kira-kira lima bulan lagi sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pemahaman mendalam diperlukan bagi mengelakkan salah faham terhadap apa yang pastinya satu sistem percukaian yang akan dapat menjadikan pengutipan cukai lebih cekap dan telus.

Apa yang lebih penting, hasil kutipan tinggi akan dapat disalurkan semula kepada rakyat dari segi peningkatan manfaat sosio ekonomi.

Tetapi pihak yang tidak bertanggungjawab membuat andaian tidak tepat bahawa ia akan membebankan dan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan serta meningkatkan kos hidup.

Sebaliknya, berdasarkan 944 barang dalam kumpulan barangan bagi GST, 56 peratus mungkin akan turun harga, 38 dijangka naik dan enam peratus tidak berubah.

Oleh itu, adalah salah untuk mengatakan bahawa semua barang dan perkhidmatan akan meningkat. Kerajaan juga telus dalam menyenaraikan kuantiti barangan yang akan mencatatkan kenaikan atau penurunan harga atau kekal tidak berubah.

Lebih 160 negara telah melaksanakan GST, cukai tokokan nilai atau cukai penggunaan, dengan ekonomi utama seperti Australia, New Zealand dan Singapura menjana peningkatan hasil ketara dan menyalurkannya semula kepada rakyat.

Tambahan lagi, kadar GST Malaysia pada enam peratus apabila dikuatkuasakan pada 1 April, 2015, akan menjadi yang terendah di Asean.

Syarikat-syarikat, dapat dimengertikan akan kebimbangan mereka tentang bagaimana GST boleh memberi kesan kepada perniagaan mereka. Tetapi pemahaman daripada sektor Korporat semakin meningkat apabila bilangan syarikat yang mendaftar setakat ini naik kepada 131,120 pada 9 November 2014.

Ini adalah hasil daripada aktiviti promosi oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Perlu untuk diingat bahawa GST, yang menggantikan cukai jualan semasa sebanyak lima dan 10 peratus berdasarkan kepada jenis cukai barang dan perkhidmatan pada enam peratus, telah mengambil kira kepentingan kumpulan berpendapatan rendah.

Barangan makanan asas seperti beras, tepung, roti dan susu bayi tidak dikenakan cukai, manakala pengangkutan awam seperti kereta api, bas, teksi dan pengangkutan air dikecualikan daripada GST.

Di bawah Bajet 2015, bantuan akan diberikan kepada kumpulan pendapatan rendah, bagi membantu meringankan bebanan peningkatan kos hidup dengan bantuan sebanyak RM950 diberikan bagi isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,00 sebulan di bawah program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Satu lagi bukti kesungguhan kerajaan dalam mengurangkan bebanan kewangan rakyat adalah dengan mengekalkan janji-janjinya menurunkan kadar cukai bagi semua kumpulan pendapatan bercukai antara satu dan tiga peratus bagi tahun taksiran 2015.

Bagi tahun taksiran 2015, pendapatan kadar cukai bagi semua kumpulan berpendapatan bercukai antara satu dan tiga peratus bagi tahun taksiran 2015.

Sebagai sistem cukai yang progresif, kerajaan dijangka mengutip lebih banyak hasil menerusi GST berbanding sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berikutan kecekapan dan ketelusan dalam sistem GST.

Hasil cukai tambahan boleh disumbangkan kepada pembangunan prasarana, pengangkutan, kesihatan dan keselamatan sosial.

Lebih banyak syarikat dijangka mendaftar di bawah sistem GST, dengan perniagaan yang memiliki hasil tahunan melebihi RM500,000 diwajibkan mendaftar.

Bagi syarikat dengan hasil tahunan di bawah RM500,000 mereka digalakkan mendaftar untuk menuntut kredit bagi cukai input apabila berurusan dengan perusahaan yang lebih besar di bawah sistem GST.

Dianggarkan kira-kira 200,000 syarikat akan mendaftar bagi GST pada akhir tahun.

Diunjurkan bahawa dengan sistem GST yang tanpa cukai tersembunyi seperti dalam cukai jualan sekarang, kerajaan boleh mengutip hasil cukai tambahan sebanyak RM5.6 bilion.

GST dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar (KDNK) ekonomi sebanyak anggaran 0.3 peratus, menaikkan eksport sebanyak 0.5 peratus, ditambah dengan pengurangan birokrasi dan kos perniagaan.

Rakyat pada masa yang sama perlu yakin dengan langkah kerajaan untuk menyusun Semula sistem percukaian bagi menjadikannya lebih efektif. - Bernama

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!