Apa Itu Buah Mahkota Dewa

By Zahirah Dzahir - 9/03/2014 05:11:00 PTG

Assalamualaikum..

Korang pernah dengar tak Buah Mahkota Dewa. Ikutkan dulu saya pun tak pernah dengar n tak tahu. Sejak sedara saya ada kencing manis ni, darah tinggi ni baru la saya dengar bermacam2 jenis ubat tradisional. Salah satunya Buah Mahkota Dewa. Meh kita baca sumber dari anizyn.blogspot.

Sudah berkurun lama khasiat Mahkota Dewa menjadi rahsia istana Kesultanan Kepulauan Jawa. Sejak diketahui umum, Mahkota Dewa sehingga kini digunakan secara meluas dalam perubatan alternatif untuk merawat pelbagai jenis penyakit di Indonesia khususnya.

Khasiat Mahkota Dewa

Buah Mahkota Dewa Mengandungi Zat-zat Aktif seperti:

ALKALOID: berfungsi sebagai detoksifikasi yang dapat meneutralkan racun-racun dalam badan
SAPONIN: menjadi sumber anti bakteria dan anti virus, meningkatkan sistem kekebalan tubuh, meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mengawal gula dalam darah.
FLAVANOID: melancarkan peredaran darah ke seluruh tubuh dan mencegah terjadinya pemyumbatan pada pembuluh darah, mengandungi anti imflamasi (anti radang), berfungsi sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan rasa sakit jika terjadi pendarahan atau pembengkakkan.
POLIFENOL: berfungsi sebagai anti histamin (anti alergi)

Antara Penyakit Yang Dapat Disembuhkan Dengan Campuran Mahkota Dewa
1. Kanser / Tumor
2. Eksim (Penyakit Kulit)
3. Diabetis Melitus (Kencing Manis)
4. Hipertansi (Darah Tinggi)
5. Hepatitis (Radang Hati)
6. Reumatik (Sakit Sendi)
7. Asam Urat (Arthritis Gout)
8. Penyakit Jantung
9. Gangguan Ginjal

Sifat dan Khasiat Mahkota Dewa

1. Kulit Buah dan Daging Buah :
mengubati disentri (cirit berdarah), psoriasis & jerawat.
2. Daun dan Biji : mengubati pelbagai jenis sakit kulit seperti ekzim & gatal2.
3. Buah : antitumor, antidisentri,antiinsekta, mengubati eksim, hepatotoksik & antibodi.

* Komponen lignan baru yang terdapat pada ekstrak daging buah mahkota dewa berumus molekul C6 H2O O6 & berstruktur 5-{4(-menthoxy-phenyl-tetrahydrofuro-[3,4-c]furan-1-yl)-benzene-1,2,3-triol.

Daun berbentuk lonjong , langsing, memanjang dan hujungnya runcing, tepi daun rata, permukaan daun licin dan tidak berbulu.



Buah mahkota dewa terdiri dari kulit, daging, cangkang & biji. Buah berbentuk bulat, diameter 3-5cm, permukaan licin, beralur, ketika muda warnanya hijau dan merah setelah masak. Daging buah berwarna putih, berserat dan berair.

Cangkang buah merupakan kulit dari biji yang juga termasuk bahagian yang sering di manfaatkan sebagai ubat,

Biji merupakan bahagian tanaman paling beracun. Bentuknya bulat lonjong berdiameter sekitar 1cm & berwarna coklat, bahagian dalam berwarna putih

sumber anizyn.blogspot.

Banyak juga khasiat buah ni.Maka My Mom pun tanam la pokok buah ni yang diambek dari rumah MIL.Dah naik tinggi tapi tak kluar buah pun. Sementara nak tunggu pokok ni berbuah, ada org yang tolong belikan dari Indonesia. Di tempat kita pun ada, cuma dah ada yang nak belikan, terima je la. Tapi ada jgak jenis dia. Ada yang buah kering tu My Mom rendam beberapa jam dan minum. Ada juga dalam bentuk teh.Kalau teh ni bancuh macam air teh je la. 

 tak berbuah lagipun

 yang ni buah yang dikeringkan..rendam dan minum saja

 yang ni dalam bentuk teh

- MoMMY IRA -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!