Tips / Petua Hilangkan Batuk dan Selsema Anak

By Zahirah Dzahir - 8/18/2014 01:31:00 PTG

Assalamualaikum..

Sekarang ni mudah sungguh kita demam tak kira muda ka tua especially bayi / kanak2..hari ni nak share pasal tips dan petua hilangkan batuk dan selsema pada bayi..Kesiankan bila bayi/ kanak2 demam @ selsema sebabnya mereka ni tak tahu nak keluarkan kahak secara sendiri ataupun nak bgtau kat mana sakitnya..So sebagai ibu bapa atau sesiapa saja memang akan kelam kabut,  dok pikirkan cara nak bagi anak sembuh..yela bayi/kanak2 epecially under 2 tahun ni x elok di bagi ubat..


Sebenarnya, bayi di bawah usia satu tahun tidak digalakkan diberikan ubat selsema, batuk dan terutama sekali antibiotik kerana menurut U.S Food And Drugs Administration (US FDA), ubat-ubatan tidak harus diberikan kepada bayi berusia dua tahun ke bawah. Ubat-ubatan hanya merawat simptom sakit tetapi tidak merawat punca penyakit.

Bayi selsema dan batuk biasanya sedikit sukar bernafas kerana hidung mereka dipenuhi lendir hingus. Oleh itu bahaya apabila diberikan ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor mahupun dibeli difarmasi kerana mengandungi antihisamine (kesan mengantuk)

Apabila bayi selsema diberikan ubat-ubatan yang mengandungi antihisamine, bayi selsema akan tidur lebih lama dan ini membahayakan bayi tersebut. Kerana, apabila tidur, kadar pernafasan bayi selsema akan bertambah kurang dan menyebabkan kepekatan oksigen dalam darah turut berkurang seterusnya menyebabkan jantung bayi selsema berhenti dan bayi berisiko meninggal dunia.

Walaubagaimanapun ada beberapa petua yang boleh diambil untuk mengurangkan selsema dan batuk bayi.

Cara Atasi Selsema dan Batuk 

1. Berikan satu sudu madu dan air suma kepda bayi berusia 2 tahun dan ke atas. Madu dapat melonggarkan lendir hingus yang tersekat ditekak

2. Bagi bayi selsema berusia dua tahun hingga satu tahun, berikan mereka sedikit sahaja madu.

3. Paling sesuai carilah madu yang lembut bukan seperti madu tualang

4. Campurkan sedikit Vikcs Baby Balsam ke dalam sebekas air suam. Tutupkan kepala bayi selsema dan batuk dengan tuala agar wap vikcs Baby Balsam boleh diserap ke dalam paru-parunya. Sambil anak ditiarapkan dalam pangkuan ibu atau bapa dan sedang menghidu wap Vikcs Baby Balsam tepukkan belakangnya secara perlahan menggunakan kekuatan pergelangan tangan sahaja agar kahak dari paru-paru yang telah longgar dapat dikeluarkan melalui batuk bayi. 

(Vikcs Baby Balsam berpenutup berwarna pink botol berwarna biru - diperbuat dari tumbuh- tumbuhan sahaja)

5. Buang kahak dalam paru-paru 
Lakukan fisioterapi paru-paru satu jam sebelum bayi selsema menyusu atau satu jam selepas bayi menyusu sahaja.  


Caranya - Tiarapkan bayi dan lapikkan perut bayi dengan bantal tidurnya, bentukkan  tangan anda seperti scoop dan tepuk belakang tubuh anak anda dengan kekuatan pergelangan tangan sahaja mengikut gerakan ikut arah jam. Kahaknya akan keluar melalui najis.



   

6.Sedut kahak dan nebulizer - bila ke klinik atau hospital..kadang2 doktor akan sarankan untuk bayi/kanak2 guna nebulizer atau sedut hingus. Nebulizer ni guna bila nak cairkan kahak..ada jga yg guna jika ada masalah penat/lelah.Kalau di tempat saya..saya selalu ke PMC @ Putra Medical Centre..Jumpa doktor doktor akan suruh buat nebulizer tak pun sedut hingus..
Yang nebulizer ni atas arahan doktor..klau yg sedut hingus ni,kita tengok klu anak kita x leh bernafas hingus banyak, boleh la pi sedut hingus tu.

Memandangkan saya ada anak kembar, saya beli 2 alat ni..senang x payah ulang alik ke PMC hanya untuk buat nebulizer dan sedut hingus ni..TAPI..atas arahan doktor. Jumpa doktor, doktor akan bgi ubat..balik buat kat rumah.


 mesin nebulizer n ubat yang doktor bagi

 bila ada kahak yang x hilang2 baru buat nebulizer ni

yg ni pulak..mesin suction untuk sedut hingus..


 
6. Ibu yang menyusukan bayi selsema boleh mengambil supplement tambahan yang dapat membantu meningkatkan antibodi bayi.

Petua Selsema dan Batuk Bayi/kanak2

1. Sapukan batang hidung bayi dengan sedikit ibu kunyit yang telah disagat pada tepi lesung. Lakukan sekerap mungkin

2. Ambil sedikit daun kaduk, hancurkan dan campur sedikit sahaja kapur makan menggunakan hujung jari kelingking anda. Tambahkan sesudu air jika perlu dan ramas-ramaskan campuran tadi dan sapukan di bahagian dada dan belakang bayi semasa bayi sedang tidur. Lakukan sekerap mungkin.

3. Elakkan sebarang makanan yang berminyak buat sementara waktu kepada bayi selsema

4. Sediakan sup ayam

5. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya jika tidak suka guna daun kaduk

6. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi

7. Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema

8. Pemakaian topi dapat elakkan ubun-ubun bayi sejuk dan menyebabkan bayi selsema.

Apabila Bayi Demam

1. Letakkan tuala kecil yang telah direndam dalam air asam jawa atau bunga raya di dahi,celah ketiak dan juga pelipat kakinya. Kerap basahkan kembali tuala tersebut.

2. Boleh guna Cool Fever pada dahi

3. Pantau suhu bayi selsema dengan menggunakan termometer. Termometer yang disukat pada celah ketiak adalah kedua jitu selepas termometer telinga

4. Jika badan terlalu panas boleh juga  masukan ubat punggung yang diberi oleh doktor.
 

Jom kita kongsi n share info ni..

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!