Apa Yang Harus Dilakukan Jika Anak Demam Panas dan Terkena Sawan Tarik

By Zahirah Dzahir - 9/10/2018 09:39:00 PG

Assalamualaikum..

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN DEMAM

Suhu badan normal manusia ialah di antara 36.5'C-37.5'C. Demam dikatakan bermula apabila suhu badan mula meningkat dari 37.5'C ke atas





APAKAH PENYEBAB DEMAM



Demam selelunya terjadi akibat jangkitan yang selalunya dibawa oleh virus (viral infection) dan adakalanya boleh juga dibawa oleh Bakteria dan jarang-jarang boleh juga diakibatkan dari masalah-masalah dalaman yg lain.

Walaubagaimanapun, tidak semua demam itu terjadi itu serius dan membawa kepada masalah kesihatan yang major kecuali apabila ia telah melebihi 42'C. Peningkatan suhu badan yang amat cepat juga boleh mengakibatkan Sawan Tarik (Febrile Seizure).

APAKAH ITU 'SAWAN TARIK' (FEBRILE SEIZURE)






Terdapat sebilangan kecil dari anak-anak yang berusia 9 bulan - 5 tahun ke atas boleh mengalami 'Sawan Tarik' yang diakibatkan oleh demam panas. Selalunya situasi ini sangat mengejutkan dan menakutkan ramai ibu bapa lebih-lebih lagi jika ia adalah kejadian yang pertama. Jadi diharap semua ibu bapa peka dengan situasi sebegini dan sentiasa bersedia untuk menanganinya dengan baik. Yang penting jangan panik dan lakukan perkara yang mungkin akan membawa kepada keadaan yang lebih teruk kepada anak-anak anda sekiranya terjadi 'Sawan Tarik' ini.

Dipercayai demam sawan berlaku kerana pembentukan otak kanak-kanak yang belum lagi matang. Demam panas yang tinggi boleh mencetuskan isyarat elektrik dalam litaran otak yang menyebabkan berlakunya sawan.

Pada amnya, jangkitan ini adalah ringan dan tidak berpunca daripada jangkitan selaput otak (meningitis). Sawan tarik bukan penyakit keturunan. Namun kanak-kanak yang mengalami sawan tarik ada di antara mereka yang mempunyai anggota keluarga yang mengalami sawan tarik juga.


APAKAH KAEDAH YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SEKIRANYA TERJADINYA SAWAN TARIK KEPADA ANAK ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA
  • Mengawal demam panas seberapa boleh. Kadangkala, demam panas akan berterusan meskipun langkah-langkah sewajarnya telah diambil. Usah gementar jika sawan berlaku di hadapan mata. Ambil nafas panjang dan bertenang dahulu. 
  • Letakkan anak di atas lantai atau permukaan yang rata
  • Longgarkan pakaian anak anda terutama di bahagian leher dan kepala.
  • Miringkan badan dan kepalanya ke kanan agar air liurnya mengalir ke luar.
  • Usah memaksa masuk sudu atau bahan keras mahupun jari anda sendiri ke dalam mulut si anak. Ini tidak secara langsung boleh menyekat saluran pernafasan dan tambah membahayakan anak anda.
  • Usah cuba mengawal pergerakan anak itu sewaktu dia sawan kerana ini boleh mencederakan otot atau tulangnya.
  • Usah berikan si anak minuman kecuali setelah dia sedar.
  • Dapatkan bantuan dan bergegas ke doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Sawan ini akan berlaku bukan untuk jangka masa yang lama. Kadangkala ia tidak melebihi seminit. Seseorang kanak-kanak boleh mendapat sawan kembali dengan kadar 30 peratus sebelum usianya meningkat ke enam tahun.

Sekiranya anak anda mengalami demam panas, ambil langkah proaktif untuk menurunkannya suhu badannya secara perlahan-lahan. Berikut dikongsikan beberapa langkah yang boleh anda ambil sekiranya anak-anak anda mengalami Demam Panas:
  • Pastikan anak kekal terhidrat dengan memberi mereka minum air putih yang cukup serta berikan mereka makan makanan yang berair seperti sup dan bubur. Jika bayi berusia bawah 6 bulan cukup dengan terus berikan bayi susu ibu dengan sekerap yang mungkin kerana susu ibu adalah immunisasi pasif yang membekalkan nutrisi lengkap pada bayi, kekal tersedia dan steril serta membekalkan antibodi untuk bayi melawan jangkitan yang dialami.
  • Pakaikan mereka pakaian yang longgar dan tidak tebal agar haba tidak terperangkap. Pakaian daripada kapas adalah pilihan yang terbaik kerana ia dpt menyerap peluh. Jangan bedung atau selimutkan anak yang demam.
  • Gunakan span atau kain yang dibasahkan dengan air dan ditekapkan pada tubuh anak untuk menarik panas keluar dari badan. Gunakan air suam dan tidak digalakkan untuk menggunakan air sejuk atau ais kerana ia boleh menyebabkan anak menggigil dengan lebih teruk dan boleh menyebabkan badan bertindak balas dengan menaikkan lagi suhu badan yang semestinya boleh membahayakan lagi anak anda. Tekapkan sahaja kain dan janganlah digosok kerana itu akan menyebabkan lebih banyak haba terhasil.
  • Boleh berikan anak ubat yang dibenarkan seperti Parasetamol untuk kanak-kanak, ibuprofen. Dilarang sama sekali untuk berikan anak Aspirin.
  • Pantau keadaan anak dan segera bawa berjumpa doktor sekiranya demam berlanjutan sehingga 2 hari.
Walaupun ibu bapa dinasihatkan supaya tenang sekiranya berhadapan dengan situasi demam sebegini kerana langkah awal yang betul berkemungkinan dapat mengawal demam dari berlanjutan, tetapi ada beberapa situasi di mana anak perlu dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Situasi yang dimaksudkan ialah sekiranya:
  • Anak mengalami Sawan Tarik akibat suhu meningkat dengan cepat.
  • Demam berlanjutan selama dua hari
  • Anak menjadi lemah dan tidak aktif seperti kebiasaan
  • Anak mula meracau-racau
  • Anak tidak mahu makan ataupun minum
  • Anak mula muntah dan leher menjadi tegang.
Sumber:  http://www.docstoc.com 
              http://www.whiteymommy.com 
              http://www.hmetro.com.my

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!