Bercuti 1 Hari Di Salak Denai Chalet, Yan

4/05/2014 02:32:00 PG
Dek kerana cuti sekolah lepas x pegi jalan2..akhirnya Cik Husband bawak jugak jejalan..pemilihan tempat yang tidak jauh dari Alor Setar..iaituSalak Denai Chalet..

Ini kali ke 2 kami datang sini dan ini entri ke 2 tntang Salak Denai..kali pertama tahun 2012..yang best tempat ni setiap chalet disediakan private pool dan tak share ngan orang lain..swimming pool tepi rumah ja..cam kita tengok dalam tv tu..airnya sejuk coz air bukit. Air bersih tanpa klorin dan dicuci sendiri owner chalet ni.

Ada 2 3 jenis chalet..ada yg lengkap semua seperti Peti ais, dapur, tv dan juga tempat BBQ. Dah kami pi balik hari kami pilih Chalet  Siti Aminah, ada toilet, tv, dan tmpat BBQ..padan dah dok sehari ja pun..kalau nak tido sana baik ambek yang lengkap semua.

Camna nak pi sana..saya pun x pandai sngt terang cara jalan pi..secara ringkas tempat ni di terletak di Peranginan Batu Hampar.Mesti sampai ke Yan dulu dan cari Batu Hampar..pastu akan jumpa sign board kecik Salak Denai Chalet @ smpi Yan tanya org @ guna ja sistem GPS.Tapiiiii signal x berapa nak elok sebab terlindung ngan bukit..bila smpi tu signal celcom mmg lost..x tau la klau signal yang lain..Kami mmg dah dok Alor Setar mmg mudah nak cari dan dah biasa ke sini..

Nak tempah kena awal coz chalet x banyak..mmg pakat berebut..ada yang tempah seawal 6 bulan..nasib kami baik husband call sehari sebelum pi ada kosong..ni pun dengar kata untuk cuti skolah bulan akn datang dah full..tapi kalau nak pi cuba ja pone mana nak tau kot anda bernasib baik ada kosong.

Untuk tempahan SALAK DENAI contact SMS 012-537 6151. boleh juga goggel cari Salak Denai Chalet..ada info chalet, gambar n harga.

untuk peringatan - kalau bawak anak n anak kecik..berhati2 lah ya..besa la budak2 ni dengan air cukup bekenan..mak bapak tu jgn ralit la ya..mata tu kena liaq sikit perati depa..ni saya kongsi gambar masa kat sana..
































- mummy ira -

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.