Tetap Aktif Ketika Jerebu

By Zahirah Dzahir - 3/15/2014 12:33:00 PG

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu kanak-kanak, orang tua, perokok, mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat dan individu yang mengalami penyakit seperti asma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung dan alahan.
Mereka yang terdedah kepada jerebu secara berterusan akan mengalami gejala seperti terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal serta sakit dada. 
Sehubungan itu, anda dinasihatkan supaya mendapat rawatan di klinik berhampiran sekiranya mempunyai gejala berkenaan. Selain itu, anda juga perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa sama ada akhbar, televisyen dan radio untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah pencegahan sewajarnya. 
Apapun, keadaan berjerebu sepatutnya tidak menghalang kita untuk kekal aktif untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan bagi mengelakkan pelbagai penyakit. Kita disarankan berjalan 10 ribu langkah sehari atau melakukan aktiviti fizikal sederhana seperti berjalan laju, berkebun atau berbasikal selama 150 minit seminggu.
Foto
PAKAI topeng muka jika berada di luar.
Lazimnya, aktiviti fizikal adalah dilakukan di luar rumah, tetapi keadaan berjerebu sekarang menyebabkan kita menyekat aktiviti luar rumah kerana semua kegiatan luar perlu dielakkan jika Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi bacaan 100.
Ini secara tidak langsung boleh mengurangkan aktiviti fizikal kita, namun ada tips bagaimana untuk meningkatkan aktiviti fizikal kita walaupun keadaan berjerebu. Kegiatan fizikal dan sukan dalam bangunan boleh diteruskan seperti melakukannya dalam gimnasium, bermain futsal, skuasy dan badminton. 
Anda digalakkan menggunakan tangga berbanding lif di tempat kerja atau di dalam mana-mana bangunan. Mengemas rumah, menari dalam rumah atau berjalan sambil membeli belah juga sesuai dilakukan sebagai senaman ringan. 
Jangan lupa minum air yang mencukupi iaitu dua liter sehari dan tidak merokok ketika keadaan berjerebu. Pemasangan penghawa dingin dan alat penapis udara adalah digalakkan. Aktiviti fizikal di luar boleh diteruskan jika IPU kurang daripada 100. 
Bagaimanapun, bagi mereka yang menghidap asma atau sedang mengalami batuk selesema dan iritasi kulit disarankan supaya mengelakkan diri dari keluar dari rumah dan bangunan sehingga IPU mencapai kurang dari 50. Diharap tips berkenaan dapat membantu kita untuk kekal aktif dan sihat walaupun dalam keadaan berjerebu. 
Selain warga emas dan kanak-kanak, penghidap penyakit kronik juga adalah golongan berisiko untuk mengalami kesan buruk akibat terdedah kepada udara yang berjerebu. 
Jerebu mengandungi partikel yang sangat kecil yang boleh membawa bahan toksik yang dapat masuk ke dalam paru-paru dan diserap ke dalam darah. 
Penghidap penyakit kronik terutamanya penghidap asma (lelah), penghidap obstruksi pernafasan kronik, penghidap penyakit jantung, diabetes (kencing manis) dan darah tinggi perlu mengelakkan diri daripada keluar dari rumah sehinggalah tahap IPU kurang daripada 100. 
Kajian menunjukkan terdapat peningkatan serangan asma, jangkitan pernafasan, pengurangan fungsi peparu, susah bernafas, batuk-batuk dan radang mata semasa keadaan berjerebu. Ada juga bukti yang mengaitkan peningkatan serangan jantung akibat terdedah dengan udara berjerebu. 
Oleh itu adalah penting bagi penghidap penyakit kronik yang berkenaan untuk mengelakkan diri daripada terdedah dengan jerebu supaya keadaan kesihatan mereka tidak menjadi lebih teruk. Berikut adalah langkah-langkah berjaga-jaga yang boleh diambil oleh penghidap penyakit kronik: 
1. Elakkan diri daripada keluar dari rumah dan bangunan jika IPU lebih daripada 100 
2. Jika perlu keluar daripada rumah, sila pakai pelindung pernafasan. Bagaimanapun, penggunaan pelindung pernafasan N95 mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan dan susah bernafas bagi sesetengah penghidap asma dan penyakit kardiovaskular. 
3. Minum air kosong yang cukup sekurang-kurangnya dua liter sehari. Keadaan berjerebu yang kering boleh menyebabkan dehidrasi badan. Jangan ambil air manis kerana ini boleh meningkatkan paras gula dalam darah bagi penghidap diabetes. 
4. Ambil ubat anda seperti yang disarankan oleh doktor. 
5. Lakukan senaman di dalam rumah. 
6.Makan makanan yang seimbang. Kurangkan garam, gula dan lemak. Makan mengikut keperluan aktiviti harian anda. Kurangkan makan jika anda kurang beraktiviti. 
7. Pastikan anda memberitahu lokasi anda kepada keluarga atau rakan yang boleh dihubungi jika anda mengalami masalah kesihatan di luar rumah. 
8. Jangan merokok. 
9. Dapatkan rawatan segera jika anda mengalami gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit kepala, mual dan muntah. 

INFO: KEMENTERIAN KESIHATAN

Untuk anda semua boleh juga mengambil supplement tambahan seperti vitamin Shaklee untuk kesihatan diri secara menyeluruh.Ingin dapatkan Vitamin Shaklee boleh hubungi saya..boleh juga klik untuk info vitamin ya..


Jom Like Page  Mummy Iera Vitta Shoppe / 941273 / 013-3240344
Facebook Zahirah Dzahir

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!