Kebaikan Menjemur Bayi

By Zahirah Dzahir - 2/20/2014 01:58:00 PG


Menjemur bayi baru lahir di bawah sinaran matahari pagi antara petua orang tua-tua yang menjadi amalan ibu bapa dari dulu sehingga kini. Katanya, ia bagus untuk mengelakkan bayi daripada demam kuning atau jaundis. Benarkah?
Sinaran matahari pagi selain indah dan menyegarkan, nyata bagus untuk manusia kerana membantu pembentukan vitamin D pada kulit bayi. Oleh itu, ibu atau ayah mesti rajin mengambil makanan dengan khasiat yang seimbang kerana apabila bayi lahir, dia sudah mempunyai vitamin D.
Maka, dengan berjemur di bawah sinar matahari pagi, bayi akan matang sepenuhnya dan berperanan dalam pembentukan tulang bayi. Selain dari itu, berjemur juga dapat mengurangkan risiko penyakit gangguan pertumbuhan tulang.
Ini sudah terbukit daripada kajian yang dilakukan di negara barat. Tapi perlu ingat jangan sesuka hati menjemur si comel di bawah sinar terik matahari. Sebaiknya jemur bayi saat mentari pagi baru muncul sekitar jam 7.30 pagi. Selepas 8 pagi tidak digalakkan. Cukup sekadar membawa bayi anda berdiri di bawah pokok yang mendapat sedikit sinaran mentari pagi.
pa n ma

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!