Benarkah Suplemen Hanya Untuk Banyakkan Amaun Susu Ibu ?

By Zahirah Dzahir - 2/25/2014 12:28:00 PG

Betulkah suplemen semasa menyusukan bayi hanya semata-mata untuk memperbanyakkan amaun susu ibu??


Ramai yang menganggapnya begitu. Tanggapan ini amat salah! Sebenarnya, susu yang penuh nutrisi adalah susu ibu yang mengandungi kesemua khasiat pada tahap optimum dan ia hanya boleh diperolehi daripada tubuh yang sihat. Secara logiknya, sewaktu hamil anda makan pelbagai jenis supplemen untuk menyokong perkembangan bayi. Jadi, apabila berada dalam fasa penyusuan, mengapa keperluan supplemen ini diabaikan. Sama seperti ketika hamil, supplemen turut penting untuk anda membesarkan si manja. 

Ketika hamil, hospital atau klinik bersalin yang dikunjungi lazimnya membekalkan vitamin seperti Obimin (multivitamin yang dirumus khas untuk ibu hamil) dan asid folik. Mahu tidak mahu, anda perlu mengambil bekalan vitamin ini setiap hari bagi memastikan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan memuaskan.
Ketahuilah, perkara yang sama patut anda lakukan ketika dalam proses menyusukan bayi! Hal ini kerana anda masih memerlukan vitamin dan mineral tambahan dalam usaha menjayakan penyusuan eksklusif. Faktanya, bayi tetap akan mendapat apa yang diperlukannya menerusi susu ibu biarpun tubuh anda kekurangan vitamin atau mineral tertentu. Walaupun begitu, pemakanan sihat dan seimbang yang digabungkan bersama supplemen tetap perlu anda pertimbangkan demi menjamin kesihatan diri dan bayi bagi tempoh jangka panjang.


Memandangkan proses penyusuan susu ibu menuntut keperluan nutrien yang banyak, jadi anda masih perlu mengambil supplemen tambahan untuk melengkapkan zat pemakanan yang diperlukan. Antaranya ialah omega-3 yang ternyata sangat penting untuk perkembangan otak bayi. Sama juga halnya dengan kalsium yang diperlukan untuk tulang dan gigi yang kuat. Vitamin dan mineral lain yang anda perlukan adalah seperti zat besi, zink dan magnesium.

Majoriti supplemen vitamin dan mineral tambahan tidak menjejaskan penghasilan susu dan diakui selamat untuk diambil oleh ibu yang menyusukan bayinya. Walaubagaimanaun, perlu anda ingat bahawa lemak larut seperti vitamin A dan E boleh mengganggu susu ibu. Oleh yang demikian, amalkan sikap berhati-hati apabila mengambil supplemen yang mengandungi kedua-dua jenis vitamin ini. Pengambilan terlalu banyak vitamin ini turut boleh memudaratkan bayi. Untuk itu, minta pandangan doktor terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk mengambil apa jua supplemen.

Dalam usaha menjaga kesihatan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, diingatkan agar anda makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran segar di samping pelbagai vitamin dan mineral yang terkandung di dalam jenis makanan yang lain. Sekiranya, anda khuatir masih kekurangan vitamin dan mineral tertentu, suplemen dapat membantu. Pengambilan vitamin dan mineral juga penting bukan sekadar atas sebab nutrisi susu, tetapi lebih daripada itu, ia dapat memastikan anda sentiasa dalam keadaan mood yang baik, sihat, cergas dan bertenaga selalu.

kredit: yoursupermom

Konsultasi secara EKSKLUSIF & hubungi saya untuk dapatkan HARGA ISTIMEWA khas untuk anda.
Berminat nak cuba @ Nak order vitamin Shaklee dengan saya ? info..produk menarik..harga menarik yang sememangnya berbaloi..cod Area Alor Setar, Jitra, k/nerang, Pendang dan sekitar dengannya..by pos utk seluruh negeri..bolehlah hubungi :


Zahirah Dzahir / ID NO 941273 / 013-3240344 ( SMS/WHATSAPP)
ieradzahir@yahoo.com | Mummy Iera Vitta Shoppe

 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuh sebrang penyakit. ia hanyalah makanan tambahan untuk kesihatan.Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.
* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!