Tips Urus Anak Kembar

By Zahirah Dzahir - 1/05/2014 02:24:00 PTG

Assalamualaikum..



Di awal kelahiran si kembar saya ( 11/3/2011)  mmg kelam kabut sikit..tambahan pulak yg sulung pun dah & 7 tahun..lama dah x jaga bby..awal tu blur jugak..lagipun kami x ambil maid..so buat pelan2..bincang dengan suami camna nak buat..bahagi tugas..lelama ok..kita boleh handel n belajar cara nak jaga si kembar..

Entry kali ni saya dari Pa&Ma saya kongsikan Tips Urus Anak Kembar.

Menerima berita bakal menimang cahaya mata kembar pasti mengujakan bakal papa dan mama. Tetapi tentu anda akan termenung seketika memikirkan pelbagai perkara yang harus  dilakukan untuk menguruskan lebih daripada seorang anak.  
Jika ia merupakan kelahiran anak kedua dan seterusnya mungkin tidak terlalu panik kerana sudah ada pengalaman namun bagaimana pula dengan yang pertama kali bergelar papa mama.
Usah terlalu risau memikirkan bagaimana untuk menguruskan anak kembar dalam satu masa yang sama. Jangan panik, kerana sesungguhnya Allah telah mengaturkan yang terbaik untuk setiap hambaNYA. Jadi pasti ada jalan penyelesaian. Panduan berikut mungkin sedikit sebanyak membantu anda membuat persediaan menguruskan anak kembar.

1.      Persiapan berganda. Membuat persiapan bayi sama ada seorang atau kembar semuanya sama, yang berbeza hanyalah persiapan anak lebih seorang perlu digandakan. Jadi beli barang keperluan berdikit-dikit agar tidak rasa terbeban.

2.      Membuat tabungan. Sebaik disahkan oleh doktor bahawa anda bakal menerima anak kembar, mula menabung kerana perlu menyediakan kelengkapan bersalin dan menyambut orang baru secara berganda selain daripada kos lain apabila mereka sudah lahir.

3.      Mencari info tentang penjagaan anak kembar di majalah, buku, internet bahkan sebaiknya berkongsi pengalaman daripada mereka yang sudah memiliki anak kembar.

4.      Jika berkemampuan, dapatkan khidmat pembantu bagi menguruskan anak kembar anda. Sekiranya tidak mampu cuba minta bantuan daripada ahli keluarga terdekat bagi membantu. Biasanya setahun pertama usia anak kembar adalah waktu paling kritikal.

5.      Sepanjang tempoh kehamilan, sentiasa prihatin tentang jualan gudang barang keperluan bayi. Beli keperluan asas seperti lampin pakai buang, tisu basah, pakaian, dan lain-lain lagi secara pukal untuk dibuat stok. Anda boleh bertanyakan kepada mereka yang berpengalaman tentang hal ini.

6.      Sebaik bayi lahir, anda sebagai ibu bapa yang menentukan disiplin untuk mereka. Biasanya orang akan berkata bayi kembar memiliki sikap yang sama atau hampir sama. Misalnya, waktu bangun tidur, minum susu, mengantuk, menangis, demam dan sebagainya. Ia adalah kelebihan untuk menguruskan anak kembar kerana tidak perlu membuat dua tugas yang sama berulang kali.

7.      Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat (seiras sama jantina) tentu sukar untuk mengesan yang mana satu pakaian mereka, jadi untuk memudahkan tugas, anda boleh menempah tanda nama yang boleh dilekatkan pada pakaian mereka atau sebarang tanda yang anda mudah mengecamnya.

8.      Jika mempunyai anak kembar tiga atau empat yang seiras dan sama jantina, anda boleh memakaikan setiap orang tanda seperti gelang benang berlainan warna dan sebagainya sebagai cara mengecam mereka.

9.      Untuk mengelakkan daripada sikap terlupa dalam soal pemberian susu, ubat (jika mereka demam) dan sebagainya, sediakan catatan berjadual untuk setiap anak. Catatkan tentang jadual perubatan, yang mencatatkan anak mana sudah minum susu atau telah mengambil ubat dan sebagainya. Ia memudahkan urusan penjagaan mereka dan tidak timbul soal tersilap atau terlebih memberi susu atau ubat.

10.  Menguruskan anak kembar memang memenatkan apatah lagi jika anda berdua bekerja. Justeru untuk menjimatkan tenaga yang lebih banyak diperlukan untuk mengurus anak kembar, cuba kurangkan penggunaan tenaga di sekitar rumah. Contohnya lakukan tugas membersih rumah di hujung minggu atau upah pembantu mingguan untuk tugas membersihkan rumah, menggosok pakaian dan lain-lain tugas.

11.  Persiapkan mental dan fizikal anda berdua untuk berhadapan dengan suasana bising atau tangsian berganda anak kembar. Kerjasama dan saling membantu daripada suami dan isteri membantu memudahkan tugas menguruskan anak kembar.

12.  Agihkan tugas menguruskan anak kembar seperti memandikan mereka, memberi susu, menukar pakaian, lampin, memujuk, menidur dan sebagainya secara adil antara suami isteri. Ini kerana setiap anda memerlukan waktu untuk berehat jadi jangan hanya membiarkan seorang sahaja yang menguruskan tugas tersebut.

13.  Bagi yang bergelar suami, belajarlah kemahiran dalam menguruskan anak kembar agar anda dapat menyesuaikan diri dan membantu isteri anda. Secara tidak langsung anda akan membina ikatan yang erat antara ayah dan anak.
Semoga tips kali ni beri manfaat kepada ibu2 bapa2 diluar sana..
sumber google

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

2 orang berborak di sini!

  1. saya pun anak kembar... dua dua perempuan... mummy ira nnt singgah blog saya ek, saya pon dah follow blog awak...

    BalasPadam
  2. saya pun anak kembar... dua dua perempuan... mummy ira nnt singgah blog saya ek, saya pon dah follow blog awak...

    BalasPadam