Kebaikan Timun Kaya Dengan Serat

By Zahirah Dzahir - 12/09/2013 09:00:00 PTG


Timun yang punya kebaikan pada kesihatan sering dimasukkan dalam menu makanan, sama ada sebagai ulam, salad mahupun jus minuman.
Sayur keempat paling banyak ditanam di seluruh dunia ini juga sering dikategorikan sebagai makanan super kerana manfaatnya pada tubuh. Namun, menanam sendiri timun secara organik cara paling baik untuk mendapatkan khasiat terbaik. 
Menanam sendiri timun boleh menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan, memberi kepuasan dan menyihatkan. Jika dijaga dengan betul, ia boleh memberikan hasil yang banyak. 

Ia gemar kepada cahaya matahari dan tanah yang sedikit alkali. Oleh itu anda boleh menambah sedikit teh kompos sebagai baja untuk menyuburkan timun. Bijinya perlu disemai selama tiga minggu sebelum dipindahkan ke laman bagi mendapat cahaya penuh matahari.
Foto
Antara kebaikan timun: - Ia kaya dengan sumber vitamin B dan antioksidan termasuk vitamin A, dan C, yang mampu meningkatkan pertahanan badan dan membekalkan tenaga segera ketika keletihan
- Hampir 96 peratus daripada timun adalah cecair dan pengambilannya dapat menambah jumlah cecair dalam badan sambil membantu tubuh menyingkirkan toksin. Kulit timun mengandungi 10 peratus daripada jumlah vitamin C yang disarankan. Oleh itu, ia patut dimakan tanpa dibuang kulit
- Ia juga boleh menghilangkan nafas busuk dengan cara menekan sepotong timun pada lelangit mulut untuk 30 saat. Phytokimia yang ada pada timun mampu menghapuskan bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan bau busuk dalam mulut.
- Bagi mengelak rasa sakit kepala pada siang hari, makan beberapa potong timun sebelum tidur. Ini kerana timun mengandungi gula, kumpulan vitamin B dan elektrolit untuk membekalkan nutrien secukupnya kepada tubuh.
- Amalan memakan timun sebagai snek boleh membantu melancarkan penghadaman dan mengurangkan berat badan memandangkan ia kaya dengan air serta serat dan kurang kandungan kalori. Pengambilan secara harian boleh membantu mengurangkan masalah sembelit kronik.
-Timun juga kaya dengan potasium, magnesium dan serat dan berfungsi mengawal tekanan darah sama ada tinggi atau rendah serta membantu mengurangkan paras kolesterol.
- Ia juga mampu mengurangkan kesakitan akibat gout dan penyakit sendi memandangkan ia sumber terbaik bagi silika yang juga antara bahan utama menguatkan tisu penghubungApabila dicampurkan bersama jus lobak merah, ia boleh membantu melegakan gout dengan mengurangkan kadar asid urik dalam tubuh.
- Sekiranya sering mengalami pedih ulu hati, timun dapat melegakannya kerana ia bersifat menyejuk. Malah, ia juga boleh disapu bagi melegakan bahagian kulit yang mengalami selaran akibat terdedah lama pada matahari
- Bertindak seperti ‘penyapu’ yang membuang semua toksin dalam tubuh, kandungan antioksidan yang tinggi mampu memberikan kulit yang sihat dan berseri-seri.
- Timun juga kaya dengan silika yang membantu menguatkan rambut dan kuku.
Ia juga menyokong fungsi pankreas yang bertanggungjawab merembeskan insulin dalam darah, menjadikan timun sayur yang baik untuk pesakit.
harian metro

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!