Tips Utk Ransang Perkembangan Anak Anda

By Zahirah Dzahir - 2/21/2015 03:45:00 PG


Assalamualaikum..

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku.  Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. 

 Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.  Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 
BERTENTANG MATAAmbil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adlah yang paling penting.  Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya. 
BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi. 

JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
Susukan selama mana yang anda boleh.  Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi Iqnya.  Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya. 

JELIRKAN LIDAH
Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia. 

HASILKAN BUKU BINATANG
 Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan.  Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sma sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan. 

GELETEKLAH BAYI ANDA.  
Geletek keseluruhan tubuhnya.  Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi.  Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku. 

TUNJUKKAN PERBEZAAN
Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda.  Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada).  Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya.  Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dam pembacaan apabila dia besar kelak. 

BERKONGSI PANDANGAN.
Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya.  "Tengok anak kucing tu" atau "Besarkan pokok ni!" atau " Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata. 

NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA.  
Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik. 

 GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN 
 Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian.  Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin. 

 SENTUH DAN RASA.  
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen.  Perlahan- lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya. 

PERGI MEMBELI-BELAH.  
Dedahkan bayi dengan dunia luar.Sesekali kita pegi ke shopping complex bawalah bayi anda bersama.Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna- warna yang ada di sana menghiburkan bayi. 

BERI KATA KUNCI.  
Jika anda berkata "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat. 

BERI KEJUTAN.  
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya. 

 SEDIAKAN BANYAK TISU

Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja.  Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok.  Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari. 

Jom para ibu bapa..kita praktikan tip diatas k..
sumber bacaan google

- Mummy Ira -

  • Share:

You Might Also Like

0 orang berborak di sini!